Assalam adik Admin KRT. Banyak kes2 suami kena sond0l.. Dan suami akak pun rela di s0ndol..hahaha. Akak kawen dah 26 tahun… dalam masa 10 tahun kawen akak beranak 5 orang. dan guggur 2 orang. Last sekali pregnen luar rah im. dan dah buang sebelah 0vari demi nyawa akak. Akak surirumah dalam. 4 tahun kawen. dalam keadaan ekonomi tahun tu tak ok. dan akak mula buat bizness van kilang. dan alhamdulillah akak berjaya. dalam masa yang sama akak cuba2 masuk tender kantin kilang. dan kat situ pun akak berjaya..
walaupun ekonomi suami masa tu belom boleh membanggakan. tapi akak usaha untuk dia juga berjaya macam akak.. akak ada 2 rumah sewa atas nama akak sendiri. dan segala eset atas nama akak.. arwah bapak pernah pesan masa mula2 kawen jangan susahkan suami. kalau nak apa2 yang suami tak mampu. Kita kena uaahakan sendiri. beli atas nama sendiri. nanti kalau masa kedepan terjadi apa2 takut cucu2 bapak tak terbela.
Jadi akak ikut petua bapak. Lepas kilang suami bankgrup. akak lepaskan bisnezz van kilang pada suami. dan akak tumpukan pada kantin. hal anak2 dan suami. makan pakai dia layanan dia tak pernah abai.. di rumah semua akak urus.. tak de la nak mengeluh penat atau letih sebab bila duit sedia ada. segala penat lelah hilang. dan bizness pun alhamdulillah naik tangan.
Lepas akak serahkan bizness bas kilang pada suami. dalam 3 tahun je lingkop.. akak kata kat suami.. tak ape abang. ni ujian kita.. kemudian suami tak de keje. suami buat keje pun sekadar lepas duit rokok dan lepak2 sampai 3 4 pagi… walaupun selama akak berbizness dia dah tak tanggung nafkah akak dan anak2. tak pe laa sebab akak ada duit.. duit akak lagi dia rembat hahaha.
Dalam masa dia lepak2 kat luar. dia mula kaki panjang dengan penyewa rumah akak tu. anak darra tua.. beza umur anak darra tua tu 5 tahun je dari akak. lepas ulang tahun ke 22 kami kawen.. suami pulak kawen di siam dengan penyewa rumah akak. akak dapat tau pun dah 3 atau 4 bulan dorang kawen. masa tu akak lari balik ipoh. tahun dorang kawen tu mama dan bapak akak dah tiada jadi akak ada mertua je untuk mengadu hal.
Akak call mertua bagi tau anak dia kawen lagi satu. dan mertua kata “ayah tak redha dan ayah tak mengaku dia menantu ayah”. lepas dari kes kawen. mula la dia naik tangan kat akak.. akak diam2 buat repot polis. sebab untuk rujukan ke pejabat agama. masa tu dah 3 tahun lepas. sekali tu je la akak kena. akak tanya suami. kalau ikut hukum islam. Suami tak mampu bagi nafkah pada istri itu dah dosa. ni tambah pulak dosa poligami.
suami akak kata poligami tak d0sa tapi sunah akak kata pulak abang kawen tak ada sunah dah abang oii dah makruh dah tau tak apa tu makruh. makruh tu dekat dengan harram. paling Win sekali akak dapat wasap dari bini no2 dia. dia kata ” alaaaahhh takat ada bas kilang 3 biji je pun.. kantin kilang pun 1 shiff. tengok la muka kat cermin dulu. kalau kau padai jaga laki pandai layan laki tak de la laki kawen lain..” perisa vanila betul wasap dia kan..hahaha.
Akak buat b0do je. Tak ade nak marah. tak de nak mengamok. cuma tunjuk je wasap tu kat suami. petang tu suami terus keluar. malam baru balik. dan segala keja yang suami cuba buat semua tak menjadi. rezeki tak masuk. susah dari awal2 dorang kawen smpai sekarang. bulan 11 tahun lepas akak buat fasakh sebab tak mau suami tambah lagi dosa. 4 kali naik mahkamah tapi suami tak mo ceraikan akak. dan akak tarik balik. sebab suami janji untuk pulihkan hubungan dia dengan anak2.
Anak2 tak mau dah dekat ayah ni. akak pulak yang naik turun pej agama mintak nasihat untuk baikkan balik hubungan ayah dengan anak2. oh ya. Untuk pengetahuan admin. Bini no 2 tak de piyet lepas 2 tahun dorang kawen. memang tak ade anak sampai sekarang. dalam masa akak naik turun mahkamah. akak berjumpa ramai perawat islam untuk lembuntukan hati suami cerai akak. tapi hampa.. cuma yang dapat berita kurang elok akak dpt tau suami akak dah di beri mkn minum dengan benda tak elok..
Akak ikhtiar dengan doa dalam solat.. untuk diberi petunjuk. suami akak memang sentiasa ada dengan akak. Tak de tidur di rumah bini no2. Cuma singgah2 je. suami memang keja tak tetap dan lepas akak juai segala eset akak.. (bas kilang..van..rumah sewa dan rumah yang akak tinggal dulu) sebab semua tu atas nama akak… dia jatuh susah.. anak akak 4 orang dah keje..1 duduk asrama .. dan anak2 memang tak suka apa yang bapak dia buat.
Akak beli rumah di ibu kota untuk anak2 sebab 4 orang tu keje di ibu kota.. bulan lepas akak dapat tau bini no2 dah kena buang rahim sebab kansser… akak tak de la kesian atau terkejut. cuma akak nak suami pilih bini no2. tinggal la dengan bini no2 akak nak undur diri.. dan suami akak mengamuk lagi sebab akak nak tggal dia. siap buat drama korea lagi tp tak ade kesan pun kat hati akak ni. akak nak cerai je. dan akak baru dapat tau kalau buat fasakh di selangor amat mudah.. penang dengan selangor tak jauh pun kann…
mula2 suami tak izin akak pindah. lepas akak terangkan keadaan anak2 tak suka kat suami. dan akak bagi tau nak pujuk anak2. dan dia izin kan akak pindah dengan syarat jangan buat fasakh. suami kata bila anak2 dah terima dia. dia akan pindah ikut ke KL. akak cakap tak perlu la ikut. tinggal la dengan bini no2 tu. bini no 2 tu keja kerani. dan dulu pun dia tau itu laki orang.
Akak tau memang bini dia menderita. tapi apa boleh buat. akak dah cuba untuk bercerai. sekarang akak tunggu anak yang di asrama habis STPM ni. dan akak akan pindah… akak boleh buat bisnezz kantin di KL pulak… Akak mintak pembaca KRT doakan kejayaan akak ye… jangan kecam akak tau. akak dalam piyet walaupun umor dah 46…hahahaa




