Salam. Pernah tak korang dibayangi kenangan kisah lampau? Aku dah kahwin tapi entahlah.. Sejak dua menjak ni perasaan aku berbolak balik terhadap wife aku? Kisahnye aku terserempak dengan bekas kekasih kat tempat kerja company aku joint company dia Actually aku tak tahu pum dia kerja sana. Cuma masa tengah sesi kenal diri, dia bangun then gtau nama, aku baru perasan. Masa turn aku kenalkan diri, aku tengok dia buat tak tahu sambil buat muke annoying .
Lepas tu, aku cuba tegur dia, tapi dia cakap sorry tak kenal dan sepanjang program tu dia tak layan aku. Dengan orang lain, ok je dia bergaul mesra. Masa Last day program, aku tanya samada dia masih marah aku atau tak? Dia jawab yes, dia memang marah sebab aku tinggalkan dia masa dia perluka aku. Untuk korang fahamkan, aku tinggalkan dia masa tu sebab dia knser 2rd stage. Aku tinggalkan dia lepas dia buat second kim0. Teruk perangai aku masa tu.
Tapi dia kena paham lah, that time aku jiwa muda, buat keputusan terburu2. Tapi dia ingat aku tinggalkan dia sebab aku takot dia tak boleh mengandung. Masa tu aku tak fikit pum hal tu. Even terlintas jugak lah rasa sangsi if dia boldh pregnant ke tak? Aku block soc media dengan dia. Aku inform members aku jangan bagitahu pasal aku kat dia kalau dia call nk tanya. Lepas tu dia cakap jangan cari dia lagi, dia tak suke.
Pagi ni aku saje bukak blocking kat fesbuk.. Ya, dia dah kahwin pun. Dah ada sepasang anak. Dua2 comel giler anak dia macam mama nya. Sedangkan aku yang kahwin ddkat 5 tahun ni still tak ade anak lagi. Aku cuba scroll wall dia dari 5 years ago. Rupanya dia kahwin dengan doctor yang rawat dia. Dari situ boleh nampak sayangnya laki dia kat dia bila ak tengok setiap kali ex aku update status, mesti laki dia akan balas anything lah either just love emotion.
Entahlah orang ckp sometime apa yg ditunjuk kat soc media ni palsu je nak kaburi mata orang. Entahlah. Aku cuba pm dia pagi ni tapi bila aku bukak messenger aku, tengok2 dia dah block aku. Kenapa awak block saya kalau awak dah lupakan saya? Atau awal masih sayang kan saya?
Kalau awak baca luahan ni, saya betul2 nak mintak maaf, tak salah kalau kita berkawan. Just Kawan. Kalau boleh, nak je aku pm laki dia untuk say sorry korang rasa apa jalan terbaik untuk aku buat bagi kami berkawan semula? Kawan saja bukan nak back together.




