Hi admin, tolong hide profile saya. Di sini saya ingin minta pendapat dan cadangan dari pembaca. Baru setahun usia perkahwinan kami dan belum rezeki anak lagi. Kami hidup berjauhan kerana kerja. Saya bekerja berumur 25 dan suami juga bekerja berumur 32. Kami berkawan selama 5 bulan dan seterusnya bertunang dan berkahwin. Tempoh perkenalan yang singkat tu kadang2 buat saya rasa menyesal juga. Sebab apa yang saya kenali sepanjang saya kenal dia hinggalah bertunang, tak sama dengan yang saya kenal dia selepas berkahwin.
Sepanjang perkahwinan ini, saya tidak pernah lagi solat berjemaah bersama suami, pernah lihat suami solat 4 kali sahaja sepanjang setahun perkahwinan ni. Saya pernah ajak dia solat dan imamkan saya, alasan dia suruh saya solat dulu sebab ruang tak cukup untuk solat bersama (walaupun ada lagi ruang lain yang boleh digunakan). Dan beberapa kali juga bila saya tanya sudah solat atau tidak, dia cakap sudah (tapi tidak). Saya buat2 tidur, saya cuma nampak dia ambil wuduk dan dia cuma berdiri shj di tepi katil. Boleh ke saya marah atau meninggikan suara pada suami jika dia buat mcm tu?
Gaji suami agak tinggi. Dia berminat barang2 yang mahal, dari segi pakaian, jam tangan, telefon bimbit, kasut dan lain2. Suami juga berminat pada ubahsuai kereta. Saya tgk perbelanjaan dia pada kereta, kadang2 mcm tak berbaloi juga. Makan belanja berbelas ribu untuk kereta. Tapi saya cuba faham itu hobi dia. Cuma saya pernah nasihatkan dia, dari dia mnghabiskan duit pada kereta, mungkin dia boleh mengumpul duit untuk membeli rumah, kerana hampir 10 tahun dia bekerja dengan gaji yang agak tinggi, rumah pun tiada lagi.
Kadang2 sebulan sekali kami berjumpa kerana hidup berjauhan selama menjadi isteri perbelanjaan saya barang mandi duit makan ketika bekerja, kos untuk pergi kerja, barang dapur, pakaian dan lain2 keperluan diri) menggunakan duit saya sendiri. Jika dia balik, dia akan belikan barang dapur, dan keluar berjalan dia yang akan keluarkan duit untuk makan. Baru2 ni saya pernah terangkan kepada dia ttg duit nafkah, apa yang dia balas “selama ni saya bagi bukan duit nafkah ke? Tak cukup lagi ke semua tu” saya cakap belanja dapur brg mandi wajib suami belikan, duit nafkah berbeza.
Itu apa yang saya rujuk pada perunding. Dia cuma suruh saya fikir balik, apa yang dia bagi selama ni tak cukup lagi ke. Saya jd keliru, sebab betul mmg kdg2 dia yang beli brg2 dapur, dia keluarkan duit makan, perabot2 rumah dia yang beli. Tapi perbelanjaan diri saya, saya tanggung sendiri. Saya tak pernah lagi terima duit nafkah dari dia, cuma dia pernah beri duit di tangan saya, pesan untuk membeli brg2 dapur. Itu pun hanya dua kali sebab dia tak sempat nak beli. Bil air dan elektrik, dia minta saya dahulukan duit saya, kemudian dia akan bayar. Tapi saya dh biasa dengan ayat tu, saya terpaksa juga bayar.
Persiapan raya yang lepas pun begitu juga.. barang2 dia, dia akan bayar sendiri..barang2 saya, saya yang bayar sendiri. Untuk beli peralatan rumah pun, ikut apa yang dia nak. Tidak kisah pun apa yang saya nak. Semua atas pilihan dia shj. Setiap bulan saya kirimkan duit pd emak di kg, tapi saya tak pernah pula bertanya sama ada dia ada mengirimkan duit setiap bulan untuk emak dia di kampung. Semua perbelanjaan saya, saya perlu beritahu dia.. Berapa yang saya dah spend untuk beli barang2 saya.
Tapi semua perbelanjaan dia, saya tidak boleh ambil tahu, itu masalah dia, katanya begitu. Kadang2 family saya nak pinjam duit saya, saya berikan shj tanpa minta izin dia dulu, sebab saya tahu dia akan pertikaikan benda tu. Masalah orang ketiga pula, buat masa sekarang belum lagi. Sebab saya tidak tahu password phone dia, dia pun tidak tahu password phone saya. Tapi bila dia nak belek2 phone saya, saya berikan shj cuma bila saya pula nak lihat phone dia, dia tak benarkan. Tiada apa2 yang menarik, katanye. Rasa kecil hati saya simpan dalam2.
Saya rasa down, stress sangat dengan kehidupan sekarang. Saya tak tahu nak luahkan pd siapa sebab semua menganggap saya bahagia. Saya pun taknak burukkan suami. Tapi lama kelamaan, saya rasa tawar hati dengan perkahwinan ni. Bila dituntut hak saya, dia kata saya tak bersyukur dan meminta2. Saya perlu mengikut kata2 dia sahaja. Secara jujur, saya rasa apa yang dia lalui dalam kehidupan dia, saya tak berhak untuk ambil tahu. Saya susah nak faham cara dia, bagaimana nak lembuntukan hati dia, apa cara yang boleh turunkan ego dia, mcm mana nak bagi dia faham yang saya ni sebahagian dalam hidup dia.
Apa yang perlu saya buat.




