Assalamualaikum. Saya menulis untuk meminta pandangan semua. baik buruk saya terima. Semoga pandangan anda memberikan impak positive bagi saya.
Saya berkahwin dengan hubby walapun saya tahu hubbu sudah ada isteri dan anak dengan isterinya. Kami kahwin dengan izin isteri pertama. Saya dulunya janda ada 2 anak dengan bekas hubbu. Saya bekerja menyara anak2 saya. Hubby pula menjalanakan perniagaan …saya turut membantu hubby dalam urusan perniagaanya.
Isteri pertama tidak bekerja. Suami dan isteri pertama tinggal berjauhan itu menyebabkan suami kahwin dengan saya.
Hubungan saya dengan anak tiri juga baik. dengan isteri pertama juga baik. Saya tahu isteri pertama tidak bekerja kadang2 saya belikan hadiah untuk anak2 saya anggap anak tiri seperti anak sendiri. Saya harap dapat menumpang kasih dan anak2 juga dapat merasa hidup bekeluarga. Saya harap anak dapat kasih sayang seorang bapa…
suami rajin bekerja saya tak nafikan. Setiap bulan dia akan hantar duit nafkah kepada keluarganya. Hampir 2 tahun berkahwin sekalipun hubby tak pernah bagi saya nafkah. hubby cakap saya bekerja jadi dia tak perlu bagi nafkah. sedih sangat saya dengar dia cakap macam tu. Susah payah saya sendiri. duit perniagaan yang sama2 kami usaha sesen saya tak dapat apa2 pun.
Saya sabar sehinggalah anak kami lahir. Bil hospital duit keperluan anak nafkah hidup semua saya tanggung sendiri. Saya dengan hubby pun tinggal berjauhan jadi kami bayar untuk 2 rumah. Saya tak kisah sangat pasal hal nafkah lain tapi dengan anak sendiri pun dia tak pernah bagi walau setitik susu sehelai pampers. saya banyak muhasabah diri. Anak2 semua saya atur.
Dulu sebelum kahwin cakap semua sama2 tanggung. bila web cam dengan family dia dari oversea dia halau anak2 saya. dia tak nak mereka tahu saya dah ada anak sebelum kahwin dengan dia. Dia malu saya ni janda dulu. Sebelum kahwin saya dah cakap saya janda ada 2 anak. dulu semua terima lepas kahwin dia cakap dia malu saya janda. sedih sangat saya dengar. saya peluk anak2 saya. Apalah yang budak2 tahu.
Keluarga dia pula suka meminta dari saya. dulu saya ikutkan juga tapi kini hati saya jadi beku. mintalah saya tak bagi hubby pun kadang2 pinjam duit saya. pinjam tak berbayar. dulu saya bagi tapi betul dia tak pernah bayar. bila minta bayar dia ckp itu duit susah payah kita berniaga. Susah dengan saya tapi boleh pulak tiap bulan hantar duit untuk isteri anak2 dia.
Saya tak kisah pun kalau dia tu adil kalau tak banyak sikit pun tak apa ni semua saya yang atur sendiri. Kalau gaji saya tak cukup tak makan lah anak2 saya dia tak akan bantu pun. Tak tahulah apa jadi dengan anak2 saya sekiranya saya tiada lagi pada siapa saya nak harapkan lagi .
Biasa setiap hujung minggu saya akan drive balik ke rumah hubby dengan anak2 tapi selepas banyak kali dia marah dan halau anak2 saya dalam web cam hati saya jadi tawar.
Betul rasa tak ada hubby pun tak apa. saya berkahwin dengan dia saya harap anak2 dapat kasih sayang seorang bapa dan ada hubby mengharung susah senang bersama2. Sekarang saya banyak muhasabah diri. saya semakin jarang balik ke rumahnya lagi. saya tak menghubungi dia lg. anak2 bersama dengan saya cukuplah saya bersyukur.




