Baru lepas baca kisah jiran menumpang rumah. Kisah saya lain pula ya. Sekadar pedoman. Kisah ni jadi tahun 2015 dulu. Saya dengan suami kesiankan rakan sekerja saya sebab dia sekeluarga suami isteri dan seorang anak kecil kena keluar dari rumah sewa dia dengan kadar segera. So kami bagi dia tumpang rumah kami dengan asbab dia ada anak kecik. Itu sahaja. Kesian sebab taknak dorang merempat.
Kami bagi dia tumpang sampi dia dapat cari rumah lain. Silapnya bila kami bagi dia duduk ruang bawah dan kami duduk tingkat atas. Awal2 lagi dah inform, kalau salah seorang perempuan ada di rumah tanpa pasangan, lelaki kena mengalah dan kena duduk luar rumah dan keluar selepas tempoh2 tertentu sehingga pasangan perempuan tersebut balik. Jadual kerja pasangan masing2 pun dah sedia dimaklumkan.
Lama kelamaan, mereka tunjuk belang. Satu hari anak saya tumpahkan air jus lantai melekit dan saya betul2 tak sempat nak bersihkan sebab dah nak masuk kerja. Bila saya masuk kerja, rakan saya tu balik sebab kami shift tak sama. Dia mengamuk la bising semut naik masuk dalam bekas susu anak dia sebab jus anak saya tumpahkan tak dibersihkan.
Tu satu hal. Peti ais dia control, semua ruang dia bubuh air sejuk.
Peti ais kami satu pintu ja, dia pergi bubuh sampai 3 baris ruang tepi pintu dengan botol tupperware dia berisi air sejuk. Tak cukup dengan tu, ruang freezer pun dia bubuh air sejuk botol tupperware hat kecik tu. Satu hari tu kawan saya kursus, suami saya kerja, saya dengan anak di rumah terperap dalam bilik tingkat atas, sebab suami kawan saya dok memasak kat bawah.
Saya msg suami tanya bila dia tu nk keluar, kan dh bagitahu lelaki kena keluar rumah kalau ada perempuan bukan isteri dalam rumah. Suami saya msg bagitau dia yang saya nak turun bawah, dia ada so saya tak boleh turun, segan. Suami saya guna perkataan “segan” berbanding dengan perkataan “mahhram” dengan harapan dia reti bahasa. Malangnya tak. Dia keluar kejap je tak sampai setengah jam lepas tu balik semula.
Satu hal lagi, depa laki bini suka tido malam dalam keadaan pintu dan tingkap rumah ternganga waima hujan. Bila kami tutup depa mengamuk sindir. Satu hari tu kami keluar dengan anak, balik malam tu pintu rumah ternganga luas. Terkejut kami. Masuk dlm laki kawan saya tengah tidur terkangkang depan tv. Bila tanya, dia kata memang biasa buka pintu malam2. Suami saya kata ada anak kecik bahaya buka pintu tgh malam. Dia takendah.
Ruang tamu tak payah cakap, depa control. Dengan buai anak dia, bantal dia, tv dia. Kami rasa macam kami menumpang.
Satu hari tu hujan lebat, saya risau pencuri masuk atau air hujan masuk bilik yang kawan saya dan anak dia tidur, masa tu suami kawan saya tu outstation, jadi saya ketuk pintu bilik dia yang ternganga sikit nak kejut dia bagitau hujan lebat, tak nak tutup tingkap ke, dia buat pekak, konon tido mampus, setengah jam gerak tak terjaga sudahnya saya sendiri masuk bilik tu tutup tingkap. Lepas tu, saya turun jengah lagi tegok pintu bilik bilik dah terkalih dan posisi tidur dia berubah, rupanya pura2 tidur.
Tengok esok dia buat muka. Dan dia sindir saya, “kalau pencuri nak masuk rumah dia tak lalu tingkap, tapi siling.. blablabla ” panjang juga dia sindir, sampi saya terasa sangat2. Padahal tu rumah saya. Kami bagi duduk free, bil api air walau bertambah masa dia duduk, kami yang tanggung. Mereka laki bini bukan miskin, isteri kaunselor, suami driver lori. Bila suami saya dapat tahu dia sindir saya, suami saya dah hilang sabar, kami terpaksa halau serta merta.
Sebenarnya sebelum tu memang dah bagi hint yang orang tua kami nak datang duduk dalam 3 ke 4 bulan jaga cucu. Tapi depa buat tak reti. Bagi alasan rumah lain tak jumpa lagi lah apa lah. Pertikaikan janji kami nak bagi duduk sampai depa dapat rumah. Tu yang depa tekan kan sangat2. Seolah2 kami ni mungkir janji. Lepas kejadian halau tu, rupanya kawan saya bagitahu suami dia yang dia ada bagi saya duit untuk dibayar sebagai duit api air dan kongsi sewa. Dia tipu.
Keliling rumah kami depa control tanam ubi kayu bagai, buah pisang jantung pisang kami depa ambik masak makan sampai habis tak bagitahu kami tak pelawa kami. Setiap maghrib enggan tutup tingkap, dia kata di kampung dia adik beradik berkumpul bercampur tak duduk terperuk dalam bilik sendiri2, MASALAHNYA KAMI DENGAN DEPA BUKAN ADIK BERADIK! pintu tingkap memang sentiasa buka 24 jam tak ade hal kata dia. Suami saya sampai tak nak jejak dapur, sampai dia buat mini pantry sendiri di bilik kami di tingkat atas.
Lepas kami halau, dorang agak liat nak angkut perabot dorang. Suami saya tak izin mereka masuk rumah kami masa suami saya tak ada. Tapi dia tetap nak masuk. Bila saya suruh minta izin sendiri dengan suami saya dorang enggan. Siap bagitau laki dia kawan baik dengan anak imam tu anak imam ini, laki dia pandai bom0h blablabl DO WE CARE?
Kesudahannya lepas kami halau dorang, memang satu tempt kerja saya pandang jijik dengan saya. Sampai ada sorang ni tepis2 tangan kalau terlaga siku masa selisih bahu. Semua orang attack saya secara emosi, mimik muka, layanan etc. Dari kerani pejabat sampailah orang atasan. Sedangkan tak ada seorang pun datang bertanya saya apa kejadian sebenar. Allah je tahu apa saya rasa.
Pengajaran hidup terbesar buat saya dalam berumahtangga. Jangan izin sesiapa jejak kaki dlm rumah kita kalau pasangan kita TAK SUKA. pada suami saya, saya mohon ampun. Wallahualam Untuk pengetahuan semua, sebelum benarkan kawan saya tu masuk rumah, kami memang dah minta izin dan pendapat tuan rumah. Bila jadi masalah juga kami bagitahu pada tuan rumah. Alhamdulillah tuan rumah banyak membantu.




