Hi admin tolong hide profile bini aku ni, aku guna fb dia. Tak ape la kalau dia baca pun..Aku dengan wife baru 7 bulan kawin, sekarang wife tengah pregnant 3 bulan masalahnya dia ada pembawakan yang aku sendiri tak boleh hadap sorang.
Dia tak boleh tngok orang berisi, dia macam saawan pergi gigit2 isi dengan cubit2 isi orang tu termasuk lah aku. Buat masa sekarang ni peel dia masih boleh kawal, cuma cubit-cubit geram dekat yang dia kenal je.
Aku tiap2 minit (kecuali pergi kerja) kene gigit kene cubit isi dengan bini aku . Itu tak ape lagi time tengah nyenyak tidur dia gigit pipi aku, dia gigit perut aku belum dia ramaas dada aku. Bila tanya kenapa dia kata geram sangat tak boleh handle.
Nak tanya je normal ke perempuan pregnant macam tu? Kalau normal aku sabar je sampai berapa bulan lagi. Kalau tak normal aku kene bawak pergi berubat. Tq admin.




