Salam admin. Tolong hide profil fb kawan saya ni. Terima kasih kerana sudi kongsi kisah saya ini. Saya sudah berkahwin selama 10tahun. Dan bakal menerima cahaya mata ke 4. 10 tahun. Bukan masa yang singkat. Di awal perkenalan dengan suami, keluarganya amat baik di depan mata saya. Namun krisis bermula apabila di awal perkahwinan, saya hamil.
Saya bukan buntng pelamin. Selepas 5 bulan berkahwin baru saya hamil hampir 2 bulan. Keluarga mertua menuduh saya hamilkan anak luar nikah dengan lelaki lain. Alasan mereka kerana suami saya kerap outstation. Walhal saya tinggal di rumah Ibu Bapa saya ketika itu. Keadaan teruk selepas anak sulung saya men!nggal dunia kerana komplikasi lahir 8bulan
Mertua suruh suami saya ceraikan saya ketika dalam pantang. Bayangkan betapa sakitnya hati saya ketika itu. Kebencian kepada mertua terus tanam dalam hati. Tapi saya benci, saya tak tunjuk. Saya pendam sendirian. Benci saya bukan kosong. Benci saya dengan sumpah yang tak kan ampunkan segala fitnah mereka selagi mereka tidak meminta maaf pada saya.
Dan tepat jangkaan saya. Mereka langsung tidak minta maaf hingga kini. Selepas kemat!an anak, saya mendapat pekerjaan. Ketika itu suami saya cuba perbaiki hubungan dingin saya dan mertua. Ya, suami saya seorang yang amat baik. Saya turutkan sahaja kehendak suami. Betul kata orang, bila kita kerja, ada duit, mertua pun mula mengendeng saya.
Siap sanjung2 saya, dan cerita saya lah menantu terbaik beliau. Tapi hati saya tetap berkeras untuk tidak menarik sumpah saya itu. Selagi tiada permohonan maaf dari mertua. Bukan senang nak lupakan apa yang orang fitnah dan memaksa hari2 suami saya ceraikan saya. Apabila saya mengandung anak no 2, saya dah tak bekerja sebab suami tak izinkan.
Ketika itulah, bermula cerita sekali lagi, mertua cari pasal sebab saya dah tak boleh bagi dia duit, belanja dia. Perkara berlarutan hingga kini, dan tiba-tiba, mertua sekali lagi mertua paksa suami saya ceraikan saya kerana katanya saya bukan yang terbaik dan tak layak jadi isteri anaknya. 10 tahun boleh mertua kata saya bukan yang terbaik hanya kerana saya tidak bekerja dan tidak boleh bantu dari segi kewangan.
Saya kata pada diri saya, memang patut saya tidak menarik sumpah saya. Rupanya ini terjadi. Kini saya bawa anak2 tinggal bersama keluarga saya. Suami memang tidak mahu menceraikan saya, kerana bagi dia, saya isteri yang cukup bersabar. Lebih dahsyat, anak dalam kandungan saya ini, mertua tuduh saya hamilkan anak luar nikah. Hasutan yang mertua cipta untuk pecah belahkan rumah tangga saya.
Saya meminta suami untuk ceraikan saya selepas anak ini dilahirkan. Tapi suami tetap tak mahu. Mertua sampai cop suami sebagai ANAK DERHAKA kerana tidak ikut arahan dia. Saya sudah katakan pada suami, saya pulangkan dia semula kepada ibu bapa dia. Biar dia tinggalkan saya dan anak-anak, kerana mertua kata saya dan anak-anak adalah NER4KA suami saya dan dia adalah SYURGA suami saya.
Semalam mendapat khabar mertua saya kena str0ke dan satu saya katakan pada suami segala dosa dan fitnah yang mertua lemparkan kepada saya tidak akan pengampunan selamanya. Mertua yang saya katakan bukan sahaja Ibu mertua saya, malah Bapa mertua saya sekali. Dan mereka kena serangan str0ke semalam serentak.
Tapi pelik. Mungkin hati mereka teramat hitam, dalam kena str0ke pun cakap pada suami, suruh ceraikan saya kerana saya bawa syal dalam hidup mereka. Doakan saya kuat demi anak-anak dan bayi bakal lahir bulan Februari tahun depan. Terima kasih admin sudi siarkan kisah saya ini.




