Salam admin.. Ni bukan fb aku ya, please jangan reply ape2 ye. Aku nak tanya pendapat makcik2 bawang, aku dan berusia 40an jugak, ada 1 wife yang baik dan banyak berkorban kat aku. Anak pulak ada 2 boy 2 gurl. Ada rumah banglo kereta berjenama. semua lengkap lah, insyaAllah sederhana hidup kami dan tak pernah meminjam lagi setakat ini.
Cerita dia mcm ni.. pada awal tahun 2018, ada sebuah tadika islam buka cawangan baru kat taman aku ni, sebaris dengan rumah aku. Rumah aku hujung sekali, hujung jalan mat!. Ada seseorang perempuan yang ada agamanya, berharta sedap mata memandang tapi cubby sikit je, Aku memang tak suke orang yang cubby memang tahap meluat lah kalau tengok pompuan tak pandai jaga body dan bagi alasan mengandung.
Sekarang ni aku dah tergila2 pulak kat perempuan ni , entah apa salahnya. Die janda ada 2, tapi dia berjaya dalam hidup dia, Yang dia ni lain sgt.. aku gila bayang, sering kali die pusing kat umah aku, walaupun tu bukan jalan yang baik untuk pusing. Respon die bagi pun dah banyak, aku pasti die pemalu, aku pun pemalu! Isteri aku baik, tapi dalam masa sama aku tersiksa! Tolong aku ya




