Bila kau mengandung.
Ko bekerja. Laki ko tido dalam bilik hotel.
Ko tak makan sebab ko akan makan dengan dia. Dia bangun tido jam 10 malam. Dia tanya kau kunci – kunci kondo – kondo dan banglo 8 bilik kau di jb yang untuk ko sewakan. Dalam badan ko sakit2 penat, tulang punggung, pinggang ko sakit, kaki ko sakit sebab ko berdiri dalam kelas dari jam 9 pagi hingga 6 petang ko mengajar. Dengan malam sebelom tu ko tak tidur dengan betol dalam ferrari.
Boleh imagine tak sakitnya badan tu macam mana. Penat, bahu ko sakit, lengan ko sakit. Laki ko cakap, ko jawab. Laki ko cakap ko repeat lagi, kunci2 kondo dan banglo 8 bilik tu ada kat staff, nak ambik kunci nak tengok rumah sign dokumen dulu. Tetiba2 laki ko hot picthing dengan ko maki hamun ko kata ko tengking dia. Walhal ko cakap ulang2 dan kuat sikit untuk dia paham. Kunci kat opis, sapa pon nak ambik sign dulu.
Tiba2 laki ko kata, malam ni ko jangan cari aku. Aku ni terpinga2. Gila.. Tiba2 naik angin. Laki ko dengan tak carikan makanan untuk ko. Tak bagi ko makan dari semalam kecuali kfc tu pon on the way dari melaka ke trangganu. Ko punya isteri mithali Taat Kfc baki semalam basi pon basi lah Ko telan jam 10 malam Tunggu dia bangun tido Nak minta makan kang dia naik angin walaupon duit kita.
Lepas dia jerit2, dia keluar macam biasa. Tentulah pergi main terup. Saya kata main je la kat hotel badan saya tak sehat. Dia kata tak ade kaki. Baiknya suami saya Hand phone saya pun dia block panggilan saya. Perut saya dah masuk angin. Langsung tak makan. Masa mengajar pon saya tak rehat. Jamah sikit2 je. Tu pon staff letak makanan kat meja. Saya coaching org non stop. Masa rehat, dan masa selesai kelas.
Saya pon tak tahu sampai bila saya boleh bertahan. Saya ingat saya nak bawa diri. Lagi pon saya dah baca mesej2 dia dengan perempuan di inbox fb, whatszup dan beetalk. Suami saya kuat mengayat perempuan. Tapi tiba2 saya termengandung pula. Setiap hari suami saya main judi sampai subuh. Bila siang dia tidur. Dia bangun asar. Dia mandi, mandi dia main snoker di bandar.
Tengah malam dia main daun terup. Disebabkan saya takut sorang2 dirumah. Di main diruang tamu rumah. Saya berkurung dalam bilik. Suami saya tak bekerja. Saya berkongsi duit gaji saya. Saya selalu menangis sendiri. Bila mengenangkan kenapa Allah bagi saya mengandung anak dia. Sebenarnya saya nak pergi jauh2. Saya nak tinggalkan dia. Sebab saya dah salah pilih jalan hidup saya kali ni.




