Assalamualaikum Sayang dah tidur ye. Selamat malam kekasih hati abang..
Perkenalan kita sangat singkat. Dalam singkatnya perkenalan kita, tersurat seribu kenangan yang sangat manis..
Tersirat pelbagai dugaan dan cabaran untuk memiliki jasad sayang.
Andai dapat abang undurkan masa akan ku ubah segala kesamaran ini Tak mampu untuk ku ikat rapi hubungan suci ini. Tak tergapai tangan untuk ku pimpin mu melangkah ke syurga. Tak tercapai hajat untuk ku kucup dahimu setiap kali kita selesai mengerjakan solat bersama
Tak termampu untuk ku hadapi hari2 tanpamu disisi. Kenangan bersamamu sungguh bermakna. Ikatan cinta kita dileraikan untuk disimpul mati oleh lelaki lain. Cuba pertahankan. Tapi gagal yang menjelma. Episod hitam ku kini berulang kembali. Ya Allah ku mahu yang terbaik.
Mungkin ini yang terbaik untuk kisah hidupku.
Aku redha. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan mencintai dia. separuh jiwaku adalah dirinya. Kuatkanlah hati… jiwaragaku. untuk meneruskan hidup yang mendatang tampanya disisi. Sesungguhnya aku redha dengan ujian Mu yang sangat menginginkan kami berpisah. Tiada lagi kesempatan untuk aku milikinya. Pasti disaat ini
Berselindung dibalik wajahnya..
Aku tak lagi dikisahkan…
Terlontar jauh dari hati nya..
27/3/2018
Salam min.. mohon hide profile.. terima kasih. Ini text dari ex saya sebelum saya kahwin dengan pilihan family.. berdosa besar tak saya bila masih ada lelaki lain selain suami dalam hati? Saya dah cuba macam2 cara tetap masih tak boleh lupakan dia susahkan nak lupakan orang yang kita sayang sangat2.




