Hi sekali lagi KRT, izinkan profile saya tetap hidden. Sengaja ingin berkongsi tentang 1 kisah saya sendiri. 2 sudah kisah berasingan saya paparkn disini dan respon itu tetap menyalahkan saya.. tapi mari kita gabungkn 3 cerita benar tentang saya. Saya berkahwin dengan seorang lelaki bukan sebangsa dengan saya dan dikurniakan cahaya mata.
Sepanjang perkahwinan saya selama 11 tahun ini hanya saya seorang yang cuba untuk mempertahankannya rumahtangga saya sedangkn suami mengabaikan saya. Nafkah zahir saya dberi sepenuhnya dan anak2 tetapi nafkah batin saya di tangguh. Saya hanya teman tapi mesra buat suami saya. Saya seorang isteri terbiar dan kesepian. Selalu bersendirian kesana kemari lebih dari 6 tahun
Dipendekkan cerita, 2 tahun lalu saya berjumpa semula dengan bekas kekasih di bangku sekolah yang kini berjawatan Kami berhubungan kembali dan mungkin kerana kami pernah bercinta di bangku sekolah membuatkn kami mudah kembali berkasih sayang walaupun kami berdua sudah berkeluarga masing2. Kami selalu menhabiskn masa bersama hampir setiap hari dan kami juga pernah terlanjur.
Bayangkan dalam tempoh 2 tahun kami bersama berkongsi segala2nya. Saya dah macam isteri kedua untuk lelaki ini. Disamping itu, segala keprluannya dari segi belanja harian, topup kredit telefon, rokok dan belanja2 lain saya juga yang sediakan. Sehingga pada 1 hari seorang berjumpa saya dan menceritakn tentang siapa mr FZ yang sebrnarnya.. saya bukan perempuan pertama yang dia gunakan untuk dapatkan duit.
Saya hilang sabar dan mula menyiasat siapakah FZ yang sebenarnya. Dia sudah berubah daripada apa yang saya kenal 20 tahun yang lalu. Dia sekarang penipu besar dan suka perdaya perempuan dan fokus utamanya ialah perempuan macam saya. Terbayang2 di mata saya segala apa kemudahan yang saya beri pada dia. Dia juga seorang penjudi yang tegar. Hubungan kami di ambang retak apabila isterinya tahu tentang bodoh ini.
Isterinya tahu tentang ketelanjuran kami. Jadi saya sedia untuk melepasknnya dengan syarat bayar smula duit saya yang dia gunakan. Saya bawa berunding baik2 tp FZ tak hiraukan saya.. saya cuba pergi ke rumah orang tuanya dan disitu saya lihat rupanya FZ bukan lah orqng berada seperti yang saya gambarkan sebelum ini. Ibunya tua dan terbiar dengan keadaan rumah yang agak teruk.
Malam itu saya di cederakan dan didera oleh lelaki yang saya kira paling saya cintai… bermula pada malam itu sayang saya padanya smakin 0. Saya membulatkn hati untuk membuat laporan polis dan menuntut kpada duit saya agar di kembalikan… 4 bulan berlalu, saya ke mahkamah dan dia meminta tempoh 1 bulan untuk mengembalikn wang saya semula. Saya juga membuat laporan lisan kepada jabatan tempqt dia bertugas. Dan ketika saya menulis coretan ini FZ sudah melunaskn hutangnya kepada saya walaupun bukan dalam jumlah yang sepatutnya dia bayar.
Kini dia berdepan dengan hukuman daripada jabatannya sendiri. Saya sudah tawar hati.. saya tak kan menoleh padanya lagi.. Dalam pada masa saya mencari2 ketenangan diri saya berkenalan pula dengan seorang lelaki 10 tahun tua daripada saya yang terkenal dan berpangkat dan disegani. Dia menjaga saya dengan baik dan dia juga banyak memberi saya semangat selepas saya ditimpa musibah dengan FZ.
Lelaki ini saya gelarkn encik I, semasa di mahkamah dia jugalah yang menjadi teman disisi saya sehingga ke akhirnya menjadi saksi kepada saya dan FZ pada sesi kes. Saya berterima kasih. Saya mula sukakan Encik I.. dia membuatkn saya lupa siapa FZ dalam hidup saya. Tetapi saya tak berani bcakap dengan encik I kerana saya sedar siapa saya.. lagi pula encik I sudah bekeluarga tapi saya tau encik I pun sukakan saya.
Dia banyak mengambil prhatian kpada saya dan anak2 saya… i love him more than my husband…! Suami saya juga berpesan kepada saya… jika saya sudah berjumpa dengan lelaki yang suka dengan saya dan boleh menjaga saya dan saya pun suka lelaki berkenaan… dia akan toleransi dan meleraikn perkahwinan kami…. encik I, aku dah mula terima kau, selepas FZ….
Jangan kecam saya, saya ada sebab derhaka pada suami. Kedudukan saya dengan suami tak seorang pun faham. Kami berkahwin tanpa rasa cinta di hati kmi… Kini hati saya sudwh dimiliki… 3 bulan berknalan dengan encik I membuatkan saya terbuka hati untuk menerimanya namun isterinya menjadi penghalang, namu kami akan meneruskan niat baik untuk bernikah di seberang. Doakan kami..




