Si isteri meninggalkan suaminya tanpa izin selama berbulan lamanya. Dia kembali ke pangkuan ibunya. Atas alasan membawa diri kerana sudah tidak tahan tinggal bersama ibu mertua dan anak tirinya. Walhal, selama bersama dia dilayan bak permaisuri, malah anak-anak juga dijaga oleh ibu mertuanya sendiri. Sedangkan dia hanya tahu menghabiskan wang, boros sana sini, berlagak kaya tak bertempat dan macam-macam lagi.
Ini kisah saya.
Kami telah berbincang tentang hal ini. Saya faham atas kesulitannya. Bukan semua orang sudi tinggal bersama ibu mertua. Tapi ibu saya dah tak kuat. Tinggal dia seorang lagi yang ada. Selama ini, dialah yang sentiasa ada susah senang saya. Dia juga yang telah membantu dalam menguruskan anak-anak di kala saya berkerja.
Ibu saya melayan isteri dengan baik. Namun isteri saya cerita pada orang luar termasuk keluarganya bahawa ibu saya seorang wanita tua yang kejam isteri saya suka memburuk-burukan orang lain. Dari ibu, ke anak tiri hingga ke sanak saudara yang lain, dan juga jiran tetangga, semua dia katakan jahat padanya. Sedangkan yang sebaliknya berlaku. Dia meminta agar saya menghantar ibu balik ke kampung. Katanya kalau perlu halau sahaja. Di rumah dia berani meninggikan suara pada ibu. Dimaki hamunnya. Itukah balasan yang dia berikan pada saya? Sedangkan ibunya sendiri saya beri penghormatan tinggi.
Saya tak pasti apa masalahnya. Seolah-olah dia ada masalah otak. Segala perkara dia nak ‘update’ ke facebook. Benda remeh pun masuk. Kerjanya asyik ‘online’. Sekarang dia ada dirumah mertua saya dekat kampung. Dia bawa bersama anak kami yang masih kecil. Tanpa rasa bersalah dia pergi sewaktu saya sedang bekerja. Dia jenis yang tak nak toleransi. Dia tak nak tinggal dengan mertua, tapi dia nak ibunya sendiri sahaja tinggal dengan kami. Termasuk ahli keluarga yang lain. Sekarang dia sibuk nak menyindir di Facebook tentang tanggungjawab saya sebagai suami.
Bagaimana pula dengan tanggungjawabnya? Yang dia tahu hanyalah nafkah. Dia tuduh saya ada wanita lain. Padahal tuhan sahaja yang tahu, betapa tekun saya mencari rezeki demi menampung keluarga kami. Termasuklah perlu tampung keluarganya di kampung. Dia mudah buruk sangka pada orang lain. Baginya hanya perbuatannya sahaja yang betul. Jujur ada masa saya malu dengan sikapnya. Dia suka cari gaduh dengan orang sekeliling.
Sudah diberi nasihat, tapi seolah-olah menyiram air ke daun keladi.
Bawa berbincang cara elok, tetap sahaja dia terpekik terlolong. Mungkinkah isteri saya ada masalah psyikologi? Mental tak seimbang? Tolong doakan hubungan kami kembali pulih dan semoga isteri saya waras semula seperti manusia biasa.




