Assalamualaikum Admin & Pembaca KRT. just nak share je perasaan aku yang tengah stress ni. Aku dah berkahwin dan ade anak 5. buat mase ni dah dekat setahun suami aku menganggur. aku buat bisnes online. ade la untung sikit2. tapi tak cukup nak tampung belanja sebab anak dah 5 kan. suami pulak masih belum dapat kerja. Masalah aku sekarang bukan dengan suami aku. tapi dengan kakak ipar aku. abang aku asyik dengar je cakap isteri dia. sekarang abang aku dah stop kan bantuan bulanan untuk aku dan Aku tau mesti isteri dia yang tak bagi bantu dah. aku tak faham kenapa dia sibuk nak campur. dia dah keje. bukannya abang aku amik duit dia pun.
memang lah dulu masa abang aku susah isteri dia banyak tolong. sekarang dah senang tak salah pun abang aku nak tolong aku. dorang bukannya ade anak lagi. kakak ipar aku siap cakap kalau still tolong aku dia pun nak mintak jugak bantuan bulanan yang abang aku bagi. siap ugut tak nak kerja jugak. sekarang dia start mintak kiteorang bayar duit sewa rumah (rumah ni rumah abang aku. memang seblm ni kiteorg bayar. tapi sekarang duit dah tak ade. so kami stop bayar buat sementara.) aku tau mesti kakak ipar aku yang suruh.
Abang aku dah cukup baik dah layan kakak ipar aku tu memang mewah je hidup selalu pergi bercuti berdua. Lepas tu selalu jer abang aku pegi bercuti dengan family kakak ipar aku. tak pernah pulak nak ajak aku and anak2 ikut sekali.
lepas tu bile aku nak hantar barang mintak tolong kakak ipar aku jage anak2 dia tak mau. alasan suami aku ade. dia suruh suami aku jaga anak2 sendiri. Punca dia sebab suami aku pernah cakap dekat kakak ipar aku yang kakak ipar aku tak pandai urus budak. Tu yang sampai sekarang tak ade anak. so smpi sekarang memang dia dengan anak2 aku tak layan.
tapi kalau anak2 buah dan anak sepupu yang lain bukan main lagi dia belikan barang and baju. abang aku pun dah terikut perangai kakak ipar aku. Bile beli barang mainan untuk anak2 aku kat kedai rm2 tu je tapi kalau anak org lain siap pegi klcc lagi Kadang2 bila fikir sebab tulah kakak ipar aku dengan abang aku tak ada anak lagi. Tiap2 hari makan dekat luar. weekend berjalan. sekarang ni bila aku nak pegi rumah abang aku weekend abang aku selalu cakap dia penat. nak rehat. Tahu2 dia pergi bercuti. bila ajak keluar bawak anak2 jalan dia marah. suruh aku ajak suami aku. aku sedih sebab kakak ipar aku abang aku pun dah tak nak layan aku. kesian kat anak2 aku.
cuti sekolah tak dapat berjalan2. makan pun nasi dengan telur je hari2. ni kakak ipar aku pun dah bising suruh laki aku keje. susah nak cari keje skarang dengan kelulusan dia. orang tak paham. dulu dia tak banyak cakap and tak pernah cmpur. tak tau la sekarang kenapa dia dah nak masuk cmpur. risau aku sekarang. duit kereta dah beberapa bulan tak bayar. road tatak kereta pun dah nak mat!. aku dah tak ade tempat nak mengadu. memang abang aku dah nekad tak nak tolong. Dia suruh aku cakap kat suami aku supaya kerja.
Abang aku sekarang banyak lebihkan isteri dia. aku rindukan abang aku yang dulu. sekarang nak pinjam duit pun abang aku bagi 50 je. dia cakap duit sekarang dia nak pakai sebab nak ikhtiar untuk anak pulak. Sekarang kakak ipar aku hanya setuju untuk bayar sekolah anak2 dan belikan beras aje. Aku risaukan bil2 rumah ni je.
September 5, 2018
Alamak kau ni. Memang patut laki kau yang sara kau. Aku baca pun rase tak logik kau ni.
October 10, 2018
Kau tu lintah darat je sebenarnya. Takyah la cakap mcm-mcm utk kesiankan diri kau. Abg kau ada bini, bukannya single. Kau bawah tanggungan laki kau, bukan abang kau. Itu hak bini dia, tak nak bagi kau duit sebab bini dia pun rasa kau tu lintah darat. Duduk rumah org free2, aku susah dulu pun takda mengharapkan adik beradik aku tolong. Kalau tolong tu, ihsan, bukan tanggungjawab. Awak tak kerja, laki awak tak kerja, awak expect nak makan kepci hari2. Bersyukur la awak ada bumbung atas kepala. Ada anak sampai lima pun still mengharapkan org membiaya kau. Ingat org kerja ni mmg utk bagi duit utk kau ke apa? Tolong la gi laki kau cari kerja. Kalau budak lepas SPM pun boleh cari kerja, selagi boleh tampung la keluarga. Tapi kau nak senang, tunggu je org kasi emas suap kat mulut kau. Memalukan betul, riak nak mati.