Assalamualaikum admin. Tolong siarkan cerita saya. Saya hanya nak minta pandagan daripada team KRT. Saya ada seorang kawan lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, namun telah jatuh cinta dengan saya. Saya juga telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Pada dasarnya kami hanyalah kawan sekerja. Kami selalu minum di pantry beramai2.
Setiap kali minum pagi, memang saya akan layan semua orang dengan cara saya iaitu menyediakan pinggan dan cawan untuk digunakan. Sehinggalah menuangkan air ke dalam cawan dan menyendukkan makanan yang terhidang. Last sekali akan mengutip semua pinggan dan cawan untuk dibasuh. Tak saya sangka layanan saya berbekas dekat hati si dia.
Dia mula menyayangi saya dan sekarang telah jatuh cinta. Sebelum dia buat pengakuan ni saya dah banyak kali ingatkan siapa saya dan siapa dia. Saya tak tergamak langsung nak menduakan suami saya sebab saya sayang dan cintakan suami saya tapi dengan hadirnya dia saya jadi serba salah sebab dia ada masalah jantung, memang selama berkawan dia tak pernah membuka aib isterinya tapi apa yang saya perhatikan. Dia seorang suami yang baik dan ayah yang baik.
Segala urusan rumahtangga seperti membasuh baju, memasak, mengemas dan menjaga anak semua dia yang lakukan. Macam mana saya tahu? Sebab saya pernah terserempak dengan dia di kedai dobi layan diri tengah membasuh pakaian dia sendiri. Sedangkan waktu tu dia baru balik daripada outstation.
Mula2 saya anggap dia seorang yang pandai berdikari. Tak mahu susahkan isteri dan itu jugak jawapan daripada mulut dia, bila saya tanya tapi kalau dah 3-4 kali saya jumpa dia di kedai dobi. Maksudnya memang tugasan tu dia lah yang lakukan tapi saya bersangka baik. Saya pernah cakap untungnya isteri dia dapat suami yang rajin membantu. Dia hanya senyum je.
Katanya isterinya bekerja. Dia tak nak isterinya rasa terbeban buat kerja2 rumah. Bila sakit dadanya menyerang di rumah waktu tengah malam, keesokan hari di pejabat dia akan bercerita dengan saya. Saya sekadar bertanya, jika berlaku macam tu apa yang dia buat dan apa pulak tindakan isteri dia. Dia just cakap akan makan ubat tahan sakit dan cari air panas untuk diminum bagi meredakan sakit dada tu. Isteri? Tak bangun pun sebab syok tidur.
Bab anak pulak, anak dia jenis tidur lambat. Setiap malam dia yang akan jaga anak sampai anak tidur . Isteri? Tidur dulu, daripada situ membuatkan saya nak tau apa pulak yang isteri dia buat kalau dah semua dia yang buat. Saya beranikan diri bertanya, akhirnya dia bercerita tentang masalah dia dengan isteri. Isteri dia seorang kakitangan awam tapi terlalu obses untuk mencari duit lebih sehingga mengabaikan rumahtangga.
Isteri dia ada membuka sebuah kedai sebagai mencari duit sampingan. Walaupun mempunyai pekerja yang boleh menguruskan kedai tapi si isteri lebih suka berada di kedai daripada di rumah. Sabtu ahad pun macam tu jugak.
Saya dah nasihatkan kawan saya supaya menasihati isteri untuk mngurangkan aktiviti di kedai dan lebihkan masa bersama suami dan anak. Rupanya dia dah beberapa kali berdepan dengan isteri, namun tiada perubahan.
Sekarang ni dia dah takde perasaan pun dekat isteri dia. Perasaan sayang dan cinta dia tu dah beralih pada saya Katanya sanggup melepaskan isteri dia demi saya dan Saya tak salahkan dia seratus peratus. Isteri kat luar sana, saya merayu tolonglah jaga suami anda. Berilah kasih sayang dan perhatian. Sekarang ni masalah besar pada saya. Saya tak tahu macam mana lagi nak cakap dengan dia yang saya sayangkan rumahtangga saya. Apa yang perlu saya buat? Saya buntu




