Assalamualaikum, Saya seorang suri rumah. Dulu saya bekerja kerana saya masih mampu dan kuat walaupun seharian mengangkat berat. Tapi sekrang ni saya dah tak larat, saya sarat mengandung Due saya lagi 4 minggu
Kelengkapan bayi suami masih belum sediakan Dan setiap kali saya minta duit dengan suami, suami cakap dia tiada duit. Dia bukan tipu tapi itu adalah kenyataan. Tuan kedai tempat dia kerja tak nak bayar upah. Hanya ada sedikit itu pun nenek saya yang sedekahkan. Alhamdulillah. Saya bukan tak bersyukur.
Saya ada cari kerja. Jual online. Tapi semua tak mendatangkan hasil. Siap ada yang maki hamun tapi saya abaikan.
Saya cuba minta bantuan di baitulmal. Tapi tak boleh, sebab suami ada ssm. Dia ada ada kedai tapi family punya. Family yang lain semua tak benarkan untuk dia amik balik kedai tu. Kebetulan baru baru ni saya dapat tahu yang suami saya curang. Didalam kepala saya hanya lah cerai. Masih ada sebab lain. Saya dah lali kalau suami curang dari dalam hp. Tapi kalini suami bertindak diluar jangkaan. Dia minta saya balik kampung dan selama saya dikampung. Dia tidur dengan lelaki dan perempuan lain.
Saya tak minta banyak cukup doakan agar saya murah rezeki. Dipermudahkan urusan dan sentiasa kuat. Saya tak meroyan bila dapat tahu suami curang sampai ke ranjang. Sebaliknya saya beri dia peluang untuk dia berubah. Bila saya nak kan penceraian, suami tak nak. Tapi perempuan tu tetap mahukan suami.
Saya bukanlah tua. Dalam banyak masalah. Saya yang selesaikan. Tak ade duit, saya cari. Walaupun dipertengahan kehamilan. Saya cuba. Duit tu saya guna untuk belikan makanan kalau saya teringin.
Saya dah penat menyusahkan orang. Mak dan atuk saya bergaduh. Terlampau banyak permasalahan. Sampaikan saya rasa ingin bnuh diri. Tapi bila saya fikirkan anak ni, saya gagal. Saya tak kuat. Saya lemah. Saya tak bagitahu family. Emak saya ibu tunggal dan saya masih ada adik2. Family suami suka campur tangan. Especially adik dan mak. Saya tahu walaupun dh berkawin, suami tetap milik mak. Tapi mil perlu tahu, suami ada tanggungjawab. Saya tak minta suami buang keluarga dia. Cukup jadi suami yang bertanggungjawab.
Pernah saya mengidam tapi dianggap menyusahkan Alahan saya teruk dan itu dianggap benda yang mengada ngada Pernah terfikir nak bunh je baby ni. Start dari tu saya berusaha dekatkan diri dengan allah swt. Setiap kali saya jatuh, saya jadikan anak ni sebagai kekuatan saya. Saya tak nak bagi anak ni kepada sesiapa. Saya nak anak ni. Walaupun saya terpaksa gadai nyawa saya. Saya tetap nak anak ni. Minta siarkan ye admin. Dan hide profile saya. Terima kasih.