salam min. nak share cerita dan pengajaran, peringatan buat semua.
NAFKAH !
Baca sampai habis bagi korang yang ada masalah nafkah ni Jangan penah ambik remeh Nafkah zahir dan batin Nafkah ni tanggungjawab suami.
Ye, tak salah tolong suami.
Tapi jangan sampai suami lupa diri ye.
Dulu aku jenis tak berkira.
Semua separuh separuh bayar bil.
Keje rumah aku buat semua.
Konon nak jadi superwomen la katanya.
Kali pertama gaduh teruk.
Laki aku cite kat mak mentua katanya aku mengungkit dia tak ade duit.
Padahal punca gaduh sebab mulut dia dengan mak dia hina mak aku depan muka aku ! Tapi anak beranak tak sedar tu puncanya ye !
Sejak tu aku tersedar sikit la macam mane dia tak pernah nampak or hargai apa aku buat untuk dia. Tapi aku tak sedar sepenuhnya lagi ye. Masih bodh lagi tu.
Setiap bulan dia berkira tuntut duit untuk bayar bil semua dari aku.
Meanwhile aku pun busy urus rumah.
Dia buat apa? Tido tak pun main game !
Sampai la aku pregnant.
Aku dapat morning sickness teruk.
Tak boleh makan, bukak mata je muntah.
So memang aku tak keje and takde duit langsung ye. Kosong akaun aku masa tu.
Korang tau apa jadi? Laki aku punya sinis dengan aku. Kata demand tak nak makan nasi mamak. Menyusahkan dia bayar bil.
Walaupun dia mumbling je aku masih dengar ayat tu keluar dari mulut dia.
Setiap kali aku terliur tengok makanan kat fb walaupun harga RM10. Dia paling buat buat tak dengar. Paling tak pun dia cakap takde duit. Aku tak kisah pun.
Bila aku dapat duit jual barang dropship RM10 ke RM20 memang aku excited nak cari makanan yang aku nak. Tapi masih tak dapat carik makanan even guna duit aku sebab laki aku mintak duit minyak kereta untuk bawak aku carik makanan tu.
Yela bayangkan untung RM10 – RM20 mana nak bagi duit minyak kete oii.
Kau bayangkan camne berkira nya dengan aku? Padahal selama 3tahun kawen tu. Nak beli hp duit aku.
Nak beli sandal branded duit aku.
Dia pakai baju seluar mana nak yang xde jenama..Makan steak, makan fast food mahal2 seminggu sampai 3-4kali.
Semua tu duit aku sebab dia xde income masa awal kawen.
Sejak kes masa pregnant tu memang ibarat wake up call untuk aku.
Aku rasa terhina giler diri aku kat mata dia.
Dia buat macam aku beban padahal tu tanggungjawab dia. Start dari tu memang aku nekad aku takkan keluarkan duit untuk dia lagi. Bia dia uruskan semua sendiri. Duit aku untuk aku.
Sampai la aku dapat bukak kedai roti sekarang.
Panjang ceritanya sebelum kiteorang stabil dan berbaik macam sekarang.
Yang pasti aku pernah file kan cerai dan tu buat dia tersedar jugak.
Kiteorang berbaik dan dia berjanji untuk berubah. So sekarang semua dia uruskan tapi macam biasa mak mentua pasti marah la anak dia habis duit kat bini.
Tapi aku buat agreement bertulis supaya dia dan mak dia tak boleh nak buat sesuke hati kat aku mcm dulu.
(Kalau ada nak tau pasal agreement tu nanti just komen. Nanti aku cerita kat post lain).
Mak dia siap kata kat aku.
Nafkah laki tak bagi jangan ungkit.
Biar ikhlas baru dapat pahala.
Tu spesis mak mentua puaka.
So korang jangan dengar!
Nafkah hak isteri. WAJIB tuntut!




