Assalamualaikum krt. Sebelum mula saya nak mntak tolong warga krt jangan kecam. Andai tiada penyelesaian. Pendapat. Pandangan tolong jangan kecam. Saya cuma perlukan pandangan. Nasihat. Saya bakal menjadi ibu muda. Usia awal 20 an bakal mnjadi ibu kepada anak yang bakal lahir tahun hadapan. Hidup dengan suami cukup² makan. Tak mampu saving. Saya tak boleh bekerja sekarang sebab masalah kehamilan alah yang teruk.
Husbnd baik. Tapi saya mengaku kami berdua jarang solat. Suami kerap solat tapi ada on off juga. Saya lansung jarang solat. Semenjak dua menjak ni saya rasa macam berdosa. Macam sunyi. Kosong. Saya sedar saya dah lama lupa allah. Solat. Saya nak berubah demi diri saya di akhirat. Demi anak bakal lahir. Demi suami. Saya takot dengan kemat!an. Tapi ada 1 masalah. Rmbut saya bewarna perang.. Tapi bahagian bawah rambut saja. Yang atas² rambut ada sikit² sah tak solat saya? Andai saya gunting rambut bagi pendek macam mana dengan rambut atas? Ada sikit² macam nampak².. Tak boleh buang sebab walau nampak sikit tapi banyak..
Kalau nak botakkn macam pelik sebab perempuan bukan kah diharamkan cukur seluruh kepala. Tapi saya betul² nak berubah. Saya ada tengok vedeo yotube uai.. Dan lain² tapi belum dapat jawapan.. Saya risau.. Banyak masalah rumahtngga goyah sebab pegangan agama tak kuat. Tak meriah dan harmoni dalam famly bila tiada bunga syurga.. saya rasa allah dah bagi saya macam² walau sekarang kami cukup² makan. Adakah saya perlu biar wrna rambut tu?
Saya nak potong bahagian bawah tapi atas macam mana?? Nanti mesti akan ada yang komen ni group krt bukan ceramah ustaz ustazah. Tapi disini ja tempt saya nak tanya. Saya akan usha berjmpa ustazah di tempt saya tapi dalam masa sama saya nak juga tanya pndpat di sini. Andai tiada jwpan mohon jangan kecam. Kepada yang sudi tolong jawabkan saya doakan kehidupan awak akan lebih baik sebab dah bantu saya. Insayaa allah.. Terima kasih




