Salam krt.. biasa kita dengar orang laki je yang curang.. lain pulak dengan aku, dulu aku pernah berkahwin tapi jodoh tak panjang.. aku bukan nak bukak aib sape² tapi sekadar berkongsi kisah suka duka..
Aku sempat rasa bahagia berumahtangga 2 tahun je, lepas wife aku bersalin anak pertama, wife aku berubah, dia curang belakang aku.. dia ada skandal dengan laki yang kaya, yang mampu bagi apa yang dia nak.. aku masa tu kerja biasa² je, hujung bulan makan nasi lauk telur kadang² pertengahan bulan dah makan nasi lauk telur..
First aku dapat agak dia curang dia dah balik lewat malam,dah pandai maki aku, dia memberontak, dia cakap menyesal kawin dengan aku tapi aku sabar lagi..sampai tahap dia buruk²kan aku dekat family dia pun aku sabar lagi..
Dia mintak aku ceraikan dia, aku time tu fikir anak je aku merayu, siap melutut lagi supaya jangan tinggalkan aku dengan anak dan aku takkan ceraikan dia.. Lepas aku gaduh teruk dia tak layan pun anak aku, aku la bangun pagi buat susu, tukar pampers.. dia punya nak aku cerai dia sampai anak dia tak layan..
Sampai la hari tu dia ambik MC cakap dekat aku demam.. rupanya nak jumpa jantan tu,tuhan nak tunjuk dekat aku dia curang belakang aku tu, hati aku terdetik suruh adik aku pergi rumah aku, aku suruh adik ambik anak aku dekat rumah sebab wife aku tak sihat.. kebetulan adik aku sampai mamat tu baru masuk rumah aku.. adik aku call bagitahu yang ada jantan masuk rumah aku, waktu tu jugak aku balik.. aku nampak dengan mata aku sendiri dia curang.. dia boleh ajak jantan tu buat maksiat dalam rumah aku, atas katil aku.. anak aku dia biar dekat ruang tamu main sorang².. dia tengah sedap buat dosa kat dalam..
waktu tu aku fikir aku dayus je sampai benda ni boleh jadi dalam rumah sendiri..
Waktu tu jugak aku ceraikan dia talak 3.. dan Alhamdulillah semua urusan dimudahkan mahkamah pun bagi hak jagaan dekat aku.. sekarang anak aku dah 5 tahun hidup dengan aku.. kehidupan aku makin senang untuk aku bangkit dari hidup aku dulu bukan senang..sampai hidup aku yang dulu dengan sekarang banyak berubah.. lepas 1 tahun cerai aku ada kenal seorang perempuan, dia yang banyak ubah hidup aku, dari aku susah smpai aku ada harta aku sendiri, dia layan anak aku lebih dari sorang mak..
Dan pada 20/1/18 haritu ex aku merayu nak aku balik.. dia tak kawin pun dengan jantan tu, dan aku cakap kalau aku cerai dia talak 1 sekali pun aku takkan terima dia lagi dalam hidup aku.. sampai anak aku tak kenal tu mak kandung dia.. Ex aku mengamuk cakap perempuan tu rampas aku dari dia, waktu memang aku hilang sabar aku maki dia kaw².. aku ingat lagi apa aku maki dia waktu tu(tapi aku tak boleh cerita).. aku cakap aku nak kawin dengan Sara (not real name) tu kau jangan berani tunjuk muka depan aku lagi.. dan ex aku cakap dia akan pastikan hidup aku menderita..
28/1/ macam² masalah datang.. bisnes rugi, sara sakit, aku sakit, badan aku rasa perit teramat sangat,macam kena cucuk dengan benda tajam kalau nak mandi meraung sebab sakit.. aku jadi panas baran.. rumah aku pun jadi bahang panas ya Amat sampai anak aku tak nak duduk rumah tu sebab ada hantu dia cakap.. Aku pernah tuduh sara mengandung sebab perut sara membusung badan kurus sangat dan dia boleh tak makan nasi berminggu tapi bila dia makan dia boleh habiskan satu periuk kadang2 sara jadi nenek tua muka hodoh sangat².. kadang² cakap bahasa yang kita tak faham..kalau kena rasuk benda tu mesti cederakan sara toreh tangan dengan tingkap kaca yang dia pukul bagi pecah.. kalau dia sedar mesti dia cakap panas padahal duduk dalam aircon..
tiap kali ruqyah macam² benda keluar paku, jarum, rambut tu biasa.. Sekarang masih dalam rawatan.. aku dengan sara pun hampir pulih walaupun tak 100%.. tapi aku bersyukur la sebab benda tu tak kena dekat anak aku.. aku tak tuduh ex aku buat mungkin jugak benda ni orang lain yang hantar.. silap aku jugak sebab tak kawal perasaan aku waktu, suka hati aku je maki orang..




