min, aku nak mengadu nie, aku umur 31 tahun dan dah berkahwin dan ada anak 1 orang anak perempuan umur setahun lebih. aku kerja bidang profesional (keluar pagi balik malam). bini aku pun keje bidang profesional tapi gaji die lagi tinggi daripada aku. setiap bulan aku akan bagi bini aku 1k daripada gaji aku untuk nafkah die dan segala keperluan anak.
selama kawen nie, aku tak penah mintak bini aku sediakan makan minum aku walaupun die pandai masak dan masak sedap, sebab aku kesiankan die penat kerja. pastu aku jugalah yang jaga anak, mandikan anak, basuh berak, hantar ke babysitter setiap pagi. setiap malam anak menangis pepagi buta jam 2 ke 3 pagi nak susu, aku jugalah yang bangun bagi die susu. inilah rutin harian aku. aku juga yang buat semua kerja rumah basuh baju, sidai baju, lipat baju, dan basuh pinggan yang sekali sekala pakai. selama kawen, aku tak penah marah bini aku, tak penah naikkan suara. kami bahagia, semuanya ok.
sekarang cerita pasal masalah pulak, aku ada adik ipar perempuan dan akak ipar perempuan. kedua2 mereka masih belajar di universiti. kedua2 mereka tu selalu mintak duit kat bini aku. ada satu time adik die mintak pinjam duit 2k macam 2 hengget je mintak sebab nak beli laptop, dan bini aku bagi. diorang selalu mintak bini aku duit. bini aku pula selalu cerita pasal lari bajet lah itu ini kat aku pasal hal dia orang tu. aku yang kena hadap.
Aku dengan bini aku pon dulu belajar kat universiti juga, tak ade kereta, tak ada laptop, tak ada duit bulanan ibu bapa bagi, harapkan duit ptptn or biasiswa sahaja nak hidup kat university dan beli laptop, bahkan bini aku dulu time belajar kerja part time sebab tak cukup duit. kami bawak motor je time belajar. tu yang aku tak puas hati dengan perangai dia orang yang dah lah hidup senang time belajar, dapat pinjaman or biasiswa, dapat elaun ibu bapa bagi seminggu rm200 kalau aku tak silap. sebulan dah rm800. kedua2 mereka dapat kereta sorang satu daripada parents time belajar. mak dan bapa mertua aku pencen keje cikgu.
selama nie aku tak bising, tapi ada satu malam tu baru minggu lepas bini aku balik keje demam aku ajak pi klinik die tak nak. esok pagi die tak larat bangun nak pergi kerja. tengahari aku kol henpon die mat!. tengahari aku balik hantar makanan tengok die tengah tidur lagi tak sihat. malam aku balik tengok die tak bangun lagi. aku terus kejut die nak bawak pi klinik. pastu aku hidupkan henpon die caj. masuk mesej kakak die mintak duit. aku yang tengah sedih tengok bini aku sakit, dapat lak msg camtu, terus bengang.
aku terus snapshot pakai henpon bini aku pastu anto gambar wasap tu kat mak mertua aku, aku repot jugak cakap yang adik bini aku tu mintak pinjam 2k nak beli laptop, kalo dah keje tak bayar, aku suruh mak mertua aku suruh die pulang balik laptop tu. lagipon tanggungjawab nak tanggung anak2 ialah tanggungjawab ibu bapa. hubungan aku dengan mak dan bapa mertua aku sampai skang ok baik je tak ade masalah pun.
pastu aku bawak bini pi klinik rupanya demam denggi, pastu aku bawak pegi hospital then kena admitted to wad. aku masage akak die dan adik die bagi tau cakap bini aku masuk hospital, kalo free datanglah melawat. akak die reply ‘baik’. adik die tak reply. duduk lah bini aku wad, hari ketiga duduk wad, mak bapa die datang melawat, aku tengok budak 2 orang tu tak datang melawat, bahkan tak mesej pon tanya bini aku camna kesihatan die. bengang aku.
pastu adik die wasap henpon bini aku, hantar masage yang sama sekali lagi die takut aku delete tak bagi bini aku baca, menyuarakan ketidak puashatian die yang aku repot kat mak die pasai die mintak 2k nak beli laptop tu. aku bengang gile lepas baca, aku reply pakai henpon bini aku, aku cakap, patut die tanyalah kesihatan bini aku bukannya concern takut bini aku tak baca masage tu n die hantar sekali lagi, sedangkan aku dah bagi bini aku baca masage tu dan henpon bini aku pon memang ada kat die. time melawat je aku gajin belek, aku baca, aku panas, aku replykan macamtu. terus die masage begaduh wasap dengan aku.
korang tak panas ke? bini tengah demam denggi terlantar kat wad, dia orang bukan concern kesihatan bini aku, diorang concern pasal hal aku repot mak mertua aku pasai perangai diorang, dah aku repot benda betui, bukan buat fitnah. aku sound balik diorang, aku tanya kenapa tak datang tengok bini aku, diorang cakap sebab aku ada menyampah tengok muka aku, alasan macam budak sekolah menengah.
lepas kena sound dengan aku, hari last bini aku duduk wad, hari ke 4, baru mecej tanya macam mana. orang cakap time kita sakit barulah kita tau sapa kawan sejati kita yang sentiasa ada di sisi kita, sekarang bini aku sakit teruk, ternyata aku yang ada di sisi die, mak bapak die ada datang melawat, adik beradik aku dan abang ipar aku yang duduk dekat lak yang datang melawat. adik beradik die yang 2 orang tu tak datang pon, salahkan aku sebab tak datang, dan paling teruk dia orang tak masage tanya pon kesihatan bini aku time bini aku sakit, sampai aku sound diorang. time nak duit ada menempel, time sakit kedua2 nya menghilangkan diri. so, aku nak mintak pendapat korang makcik bawak dan pakcik bawang sume, betui ke tindakan aku nie? kalau korang jadi aku, apa yang korang akan buat?




