salam min . ni fake acc. ada 3 orang yang guna acc ni . ni post saya yang pertama . Maaf ye semua . saya bukan nak mengaibkan sesiapa . cuma saya meluah je ..Saya seorang isteri berusia 24 belum ada anak dan kawin umur 20 . bercinta dengan suami masa umur 19 .. keluarga mertua semua baik-baik . alhamdulilah . cuma suami je yang tak berapa nak baik. saya sayang kan suami saya tapi dia makin lama makin berubah . bila dia susah dia baik , dia akan timang-timang saya tapi bila senang lupa diri kejap, saya diabaikan..
salah ke min bila saya minta dia luang masa untuk saya. min tahu tak dia balik kerja bukan dia terus jumpa saya, dia akan jumpa burung dia dulu sampai maghrib . lepas mandi dia akan melepak dekat bilik kawan dia sampai 12 tengah malam or 1pg macam tu . depand bila dia rasa nak tido .. ohh yaa, lupa nak bgtau . kawan dia dua orang menumpang rumah kami semenjak 2 bulan lepas . dengar kata bulan depan nak pindah, saya rasa dia langsung tak ade masa untuk saya .
saya dah dua hari tak masak sebab gaduh dengan dia, dia mana bole kena tegur, dia je betul, saja saya tak nak masak, bila saya masak bukan dia makan dengan saya pun, dia makan dengan kawan dia . ajak saya makan jauh sekali, dah abih nanti baru dia tanya awak tak nak makan ke ? biar sedar diri sikit yang selama ni urus pakai makan minum dia tu saya . bukan kawan dia. kadang dia marah kan min. dia tak cakap depan-depan saya . dia kata perangai cam pundek nate beruk . tapi saya dengar..
Bila tegur, dia akan kata dua kali lima . aritu saya marah dia, kau berkawan dengan orang bujang sebab tu perangai tak matang-matang, kawan kau harap je tua dari aku tapi perangai macam budak2.. asal balek kerja je melalak, dari hujung jalan sana dah boleh dengar suara, matang ke kalau time azan pun karaoke dia memang pantang kalau kita cuit pasal kawan dia kan backup habis dia kata abih kau ingat kau matang sangat lah. Perangai macam budak kecik semua benda nak bising. mau nya tak bising kalau batin nak , zahir tak reti nak jaga .. ingat bini ni perempuan simpanan ke pakai geli geli .. sakit hati saya min..
saya cakap dekat dia kalau kau lepaskan aku , sikit habuk aku tak rugi. bukan ada apa yang special pun dekat kau. Yang special nya hati aku ni sayang kan kau tapi kau tak hargai, dia ketawa je min dia jangan berangan laa .. saya nak balik rumah family tapi rasa macam malas pulak nak susah kan dorang, sekarang ni saya tengah belajar redho, baru-baru ni dia ada buat status sindir saya. “kalau pandai bawa diri bole pergi jauh” dia nak seolah-olah dia yang betul.
saya bukan tak nak ikut cara dia min . kalau saya diam. Rumah kami ni akan jadi tempat melepak dorang. Haritu seminggu kawan dia melepak kat rumah tiap2 malam. bising kat luar rumah. main brom brom moto, macam apa je peragaii . lgsung tak reti hormat jiran sebelah. Saya mengamuk. saya baling barang. sejak aritu tak ada dah dorang lepak. dia kata dia malu dengan kawan dia sebab saya buat perangai hodoh macam tu ..
Disebabkan hal tu jugak kawan dia panggil dia takut bini. dia lagi jaga hati kawan dia dari saya. saya nak berak kencing pun tahan-tahan. sebab kawan dia lepak kat rumah buat macam rumah sendiri. baring sana baring sini kencing tak reti nak cuci kuning-kuning dekat mangkuk tandas. belum dekat lantai lagi . geli siak.. min bayangkan saya nak berak pun tak jadi nak bila tgok tandas macam tu. dorang buat betul-betul macam rumah bujang. tak hormat langsung saya dalam rumah. okey la min lain kali cerita lagi sayang min …




