Assalammualaikum krt, tlg hidekan profile aku ye.. Sebab aku guna fb isteri aku ok kat sini aku Just nak cerita pengalaman aku sebelom kawen dengan wife aku yang dulunye tomboy kasar nak mamps! Hahahaha. Aku kenal wife aku dari Since 2010, entah macam mana banyak2 pompuan Tapi aku tetap bekenan dengan dia walaupun dia keras gile! Aku cube jugak nak berkawan dengan dia Sebab aku tertarik dengan cara kasar dia tu sepanjang perkenalan aku dengan wife aku dulu, memang dia tak penah pakai pakaian yang sopan.. hari hari seluar pendek je.. ok nak dipendekkan cerita. Aku penah jujur dengan dia yang aku suka sangat dengan cara dia..
2015 time raya aku beranikan diri datang tempat dia untuk Mintak restu mak ayah dia untuk sunting dia, family dia semua terkejut. Cume mak ayah dia tanya mampu ke aku tahan dengan perangai dia.. Aku cuma jawap Insha Allah aku mampu demi Allah aku akan cuba jaga dia bimbing dia kearah yang lebih baik. Aku jumpa mak2 sedare dia kat open house, semua layan aku dengan baik, cuma dia wife ja buat tak peduli dengan aku memang dia tarik muke habes dengan aku Sebab buat keputusan tak tnya dia. Keras betol hati dia nie aku Ingat dia cair dengan cara gentelman aku nie.. Hahaha
Ok Lepastu balik dari rumah dia, aku call memang tak penah angkat cuak gile aku time tu.. Sebab aku gile dengan dia (wife). Walaupun ramai yang cakap macam takde pompuan lain je aku nak, yang tomboi tu jugak diinginkan.. Hm Tapi aku pekak kan je telinga aku. Bagi aku dia special, Aku call mak dia bila time aku nak tahu perkembangan dia mak dia baik dan sporting. Lama jugak la dia diamkan diri kalau aku wasap mesti caci maki je aku dapat.. Tapi aku tak penah putus ase.. Sebab aku serius nak dia jadi wife aku sampai keJannah Allah, pasal mulut orang aku dah tak fikir. Abah aku banyak bagi semangat, memang dugaan betol la nak kenal dengan wife aku nie yang dulunya tomboi keras nak mamps..
2016 kami bertunang, serius masa tu aku la paling bahagia Sebab dia bakal jadi hak aku sepanjang 2016 tu memang caci maki je aku dpt dari dia, dari kenal sampai la bertunang. Tapi aku laki So mental kene kuat dia bagi masa setahun ikat tali pertunangan memang dia buad bodh je dengan aku min, dia suka keluar dengan membe laki dia Sebab kawan2 dia banyak laki dari pompuan. Tapi aku cool je min Sebab nak dia punye pasal. Dalam masa same bengang jugak kalau dengan aku tak nak pulak dia keluar min. Tapi Takpe aku pecayakan dia. Tomboi tomboi dia, dia jaga maruah diri dia memang aku respek dengan dia.
Tapi Alhamdulillah 2017 kami diijabkabul.. sebelum ni aku tak penah tengok dia bertudung dan masa akad nikah tu memang Ya Allah terpesonanye aku tengok dia min Bukan kate aku semua yang tak penah tengok dia macam tu pun terkejut min.. cantik gile min. Sampaikan aku time nak nikah tu 7 8 kali min baru lepas sedangkan nama wife aku simple je min Malu gile aku min Hahahaha. Aku tersasul mungkin 7 kali yang sekali tersasul tu tok kadi tu min, serius nie cerita benar aku takde reka cerita ye min.
Dan sekarang aku bahagia dengan dia min.. dia berubah pakai cara muslimah. Dia sendiri kesal dengan diri dia sebelom nie min. Dia mintak ampun dengan aku hari2.. sebelom Pegi keje dia salam dan dia mesti Mintak ampun dengan aku min, walaupun benda yang lepas aku dah tak amek kisah dah Sebab aku tak kecil hati pun dengan cara dia layan aku masa waktu bertunang dulu. Alhamdulillah Allah sebaik baik perancang min. Kami dikurniakan cahaya mata seorang dan bakal dapat lagi seorang cahaya mata.. Hehehe. Walaupun orang dulu hina dia macam2 kate dia tak ade mase depan.. Tapi aku pecaya Allah sentiasa ada dengan dia..
Alhamdulillah aku bahagia min dengan pilihan aku, walaupun dia dulunya tomboi kasar nak mamps Tapi sekarang dah sopan dia sangat penyayang min dengan anak. Walaupun ade makcik2 bawang dan pakcik2 bawang yang Hine dia Sebab bole dia orang kate boleh ke dia mengandung. Mulut orang min memang tak bole tutup.
Doakan aku dengan wife aku bahagia sampai ke Jannah ye min aku sayang wife aku dunia dan akhirat. Dulu dia macam tu sekarang dia dah berubah. Cume nak cakap pompuan yang tomboi nie Bukan untuk dihine! Ok min tolong siarkan ye min. Sapa kawen dengan tomboi angkat tangan Hehe. Kite geng l semoga kita bole mendidik bini kite dan bawaknye ke syurga bersame anak2 Amin.




