Assalamualaikum min dan pembaca. aku seorang bussinesman yang belum berjaya lagi. aku kahwin dah 4 tahun dengan isteri aku dan ade anak berumur 3 tahun. dulu isteri aku belajar uitm jarang pulang, sekarang dah habis belajar jadi kami duduk bersama. yang aku stressnya isteri aku ni punya peel, Aku keluar jam 8pagi balik 9 malam rumah tak bersih. aku masih nampak ade rambut di atas lantai. aku tak boleh tengok benda2 kecil atau habuk stress je. lagi2 kat dapur susun atur barang tak rapi.. Aku ada anak buah mak aku bela adik aku ni berperang dengan wife aku. adik aku ni lari ikut laki tak balik2 jadi anak dia mak aku jaga. Bayangkan min dia langsung tak nak sentuh anak buah aku. Kalau main ngan anak aku dan budak tu biasalah min gaduh rebut barang ke pukul ke budak kan, dia marah anak buah aku tu sambil jenggil biji mata. Dengan anak buah dia elok dibelai disayang memang la anak buah aku ni hitam tak comel tak terjaga sangat bersih tu. biasa budak kampung tapi nampak sangat pilih kasih
Isteri aku memang suka masak dan boleh tahan sedap tapi aku tak suka tengok dapur bersepah aku dah ajar macam mana kemas masa masak. ni tak bila dah siap masak baru nak kemas. Mop lantai hari hari aku je min. aku tanya dia mop tak lantai dia kata mop tapi aku tngok debu ada lagi kat lantai maklum rumah aku ni dekat jugak dengan kilang. Dia suka buat muka min. Dia ada kata nak makan tomyam kebetulan kedai dia nak tu tak de. aku beli la kari ayam mamak pastu dia taknak makan min. boleh bayang tak min perasaan aku? aku dah beli besar rahmat. memang lah dia tak makan kari tapi rezeki apa ada tu telan jela belajar bersyukur. Banyak lagi min kalau aku nak tulis. belum masuk aku takbalik kerja kadang busy kena out station dia mula merajuk. koyak min dengan perangai budak2 macam ni ni macam drama bini aku dari nerka dah.




