Salam krt , saya just nak meluahkan isi hati saya menaip di krt sambil menatap wajah si suami , petang tadi kami ada bergaduh sedikit sebab dia tengah tidur aku duduk sebelah dia dan aku terjerit marah anak aku , memang aku tak sengaja . Suami aku terkejut terus marah aku , so aku terus angkat anak aku bawak masuk bilik bagi anak aku main dalam sahja , tetiba anak aku menangis minta aku air aku pun amik botol airnya tiba tiba suami aku masuk dalam bilik marah aku sebab dengar anak menangis nangis dia cakap aku bodh la apa lah dan dia siap nak naik tangan lagi dekat aku , aku pun cakap dekat dia tak pelah naik lah tangan kau dekat muka aku , dan suami aku pun cakap , lepas aku lempang muka kau aku ceraikan kau , tapi dia tak kesampaian nak lempang , dia terus keluar dari bilik ,
Aku pun bercakap dekat suami aku , aku redha diceraikan tapi tolong bagi aku masa dan tolong sayang aku dalam masa 4bulan.. tapi dia boleh cakap dekat aku tak payah tnggu 4 bulan pun dia boleh ceraikan aku , memang aku sedih sangat , ye aku tahu kebelakangan ni memang nampak dia macam dah benci dengan aku dah tak sayang aku , sebab tu aku buat keputusan bagi aku masa 4 bulan untuk rasa disayangi suami ,
Krt nak tahu apa sebab 4bulan ? Sebab aku mengandung , lagi 4 bulan aku akan bersalin . And masa checkup baby doc kata aku pregnant kali ni berisiko besar sebabnya second baby and first baby aku jarak dekat dan aku first pregnant aku bersalin czer anak aku yang sulong baru 1 tahun memang banyak risiko sebab terlalu dekat sebab czer ,
salah satu the big risk buang rahim atau pun aku tak selamat anak selamat atau pun anak selamat aku tak selamat .. Sebab tu lah aku minta 4 bulan , andai kata umur aku panjang aku selamat tapi kene buang rahim.. Macam mana aku nak bagi zuriat lagi dkt suami aku , mesti dia akan cari benih orang lain untuk bagi dia zuriat , tapi aku tak nak hidup bermadu dan bermakna dia kene tnggalkan aku kalau dia nak zuriat lagi , dan aku tak kan boleh bagi dia kebahagian sbab tak boleh dah nak mengandung untuk dia , sebab tu lah aku mnta masa 4 bulan . Semuanya terpulang kepada dia , aku hormat segala keputusan dia . Selamat malam sayang thanks krt siarkan ..




