Salam. Saya dah bertunang. Memang saya dan tunang bercinta dan saya amat sayangkan dia. Sebelum bertunang dia ada terus terang dengan saya dia bukan gadis suci. Dia mengaku dia dulu gadis liar dan pernah terlanjur dgn beberapa org lelaki. Macam nak luruh jantung saya bila dia mengaku macam tu. Tapi saya tetap terima dia sebab saya amat2 sayangkan dia. Dia kata dia dah bertaubat. Dia janji tak akan hubungi semula semua lelaki yang pernah rosakkan dia. Bagi saya itu sejarah lama dia. Tapi masalah dia, normal ke bagi perempuan kalau bergaduh, dia akan cari lelaki lain utk chat? Bukan sekali dua kantoi dgn saya tapi dah berpuluh kali.
Malah ada chat dengan ex bf dia yg dia terlanjur dulu, sembang mesra2 dan mengimbau kenangan lama. Dia kata dia dah block semua lelaki yg pernah tidur dengan dia kiraan saya ada 7 orang itu yang dia bgtahu. Bila gaduh dia akan unblock dan cari diorang balik. Nombor telefon dah 2 kali saya suruh dia tukar. Tapi bila tukar dia bagi balik nomhor baru kat bekas kekasih dia. Yang terbaru dia cakap kat bekas kekasih dia, dia menghilang sebab nak perbetul keadaan. Hancur luluh hati saya dia kata macam tu kat bekas kekasih dia. Saya buntu patut ke saya teruskan pertunangan ni..




