Salam admin tolong hide kan fb dan profil saya. Saya dh fikir masak2 saya nak carikan isteri untuk suami saya. Saya ni tak layak untuk suami saya sebab Saya ni isteri yang tak sempurna Saya jahat teruk dan Selalu buatkan suami saya marahkan saya. Sedangkan saya ni manusia yang paling tak suka gaduh dan cuba buat yang terbaik untuk elak kan pergaduhan tapi setiap minggu mesti ada je benda yang buatkan kami gaduh dan puncanya daripada saya contoh lmbt masak, tersilap cakap, tertido dalam kereta waktu dia tengah drive, dan saya pulak jenis cepat sentap dn terasa bila selalu diperli atau disindir.
Benda2 kecik pun pasti jadi gaduh sebab dia akn cakap apa saja tanpa fikir perasaan saya dn selame gaduh tak pernah dia pujuk saya. Mungkin diri saya ni yang teruk sangat. Saya kalau boleh akan cuba berdikari sendri dan elakkan minta tolong pada dia sebab jika dia tak tolong saya takut saya terasa hati dengan dia. Oleh itu saya selesa untuk buat smua secara sendri. Saya ni dah cuba buat terbaik untuk dia, layan smua ahli keluarga dia dengan baik, cuba borak2 dengan dia walau kadang2 dia tak layan dan diam. Tapi entahlah saya pun tak tau apa silap saya. Yang dia cuma nampak kesalahan keburukan dan kekurangan saya. Kadang2 kata2 dia lebih tajam daripada mata pedang. Tapi disebabkan saya ni tak suka gaduh saya akan pendam smuanya dan tak pernah pun saya luahkan apa2. Sebab saya fikir tiada gunanya sebab end up saya jugak akqn dipersalahkan. Jadi saya lebih suka memendam.
Kadang2 kesalahan tu bukan daripada saya bila saya cuba explain dia tak pernah nak dgr atau terima tetap mengatakan saya salah seolah2 saya ni dah dicop atau dipalang slame lamanya dan akhirnya saya hanya diam dn menampakkan diri saya memang salah. Mental dan emosi saya sering ditorture. Sampai saya fikir kenapa lah saya hidup kat dunia ni hanya untuk dijadikan tempat untuk marah, hina, sakitkan hati saya. Kadang2 saya fikir kenapa ye hati saya sering terluka. Tak kan tak ade sikit pun kebahagian untuk saya? Seronok tengok kawan2 lain ada toleransi dan tolak ansur dan harmoni je. Kalau isteri merajuk suami pujuk. Agaknya saya ni memang tak layak kot nak rasa semua tu. Tiada sorang lelaki pun yang ambil berat dan sayagkn saya kecuali arwah ayah saya. Saya rindu arwah ayah saya. Airmata saya ni kalau ditadah dah bergelen kot. Tapi tak ape kalau ini takdir tuhan untuk saya. Saya terima. Selagi saya bernyawa saya akan teruskan untuk melakukan kebaikan.
Kadang2 saya rasa bersalah sebab tak mampu jadi isteri yang sempurna. Saya berdoa semoga Allah jodohkan suami saya dengan wanita idaman dia yang setaraf dan layak dgn dia. Sebab harapan saya ingin tengok dia bahagia. Saya rasa bersalah disebabkan dia kahwin dengan saya dia tak bahagia dan saya sangat2 yakin dia menyesal dengan perkahwinan ini. Dia suami yang baik dan bertanggung jawab dan tak pernah tinggal solat dan patuh pada agama cuma punca dia jadi macam tu mugkin sebab kekurangan diri saya yang tak mampu untuk jadi sempurna. Saya nak sangat tengok dia bahagia bersama perempuan lain. Saya doakan dia dapat jodoh yang baik dan solehah. Terima kasih admin harap dpt kongsikan kisah saya. Doakan saya dapat jadi lebih baik.




