Assalammualaikum, saya nak tanya pendapat keluarga Bawang’s. Saya pendekkan cerita. Umur saya 36 tahun. Saya dimadukan tanpa rela hampir 3 tahun. Suami berkawin dengan perempuan seberang secara senyap2 kerana telah memengandungkan perempuan itu. Balik rumah 4 ke 5 bulan sekali, nafkah anak2 memang tak ada, saya tanggung sepenuhnya. Saya bekerja di sektor awam dan mempunyai 3 orang anak. Umur 10, 8 dan 4 tahun. Sekarang saya dalam prosedur undang2 untuk tuntutan fasakh kerana pengabaian, penganiayaan dan tiada kasih sayang.
Masalahnya, selama 3 tahun saya menjaga semua hati dan perasaan saya dan berharap semuanya akan kembali baik. Tapi lama2 dari doa saya supaya suami balik, adil, ingat kat anak2.. terus bertukar hadirkanlah seseorang yang dapat membalut kelukaan dan kekecewaan hati saya. Sehinggalah saya bertemu semula rakan lama yang dah 16 tahun tak jumpa. Dia masih bujang. Umur 38 tahun. Dah hampir 7 bulan berkawan bermula awak tahun ini. lama2 ada terbit perasaan sayang. Saya akui status saya yang masih isteri orang menghalang perkara itu dan die sedar semua itu tak baik.
Soalannya salah ke saya mempunyai perasaan pada orang lain? Kami pernah keluar itupun di kawasan terbuka yang ramai orang. Die masih menjaga batas2 dan menghormati status saya. The bawang’s tolong bagi pendapat pada saya. Dari segi adat resam masayaarakat melayu memang nampak salah keluar bersama2, saya tau tu. Tapi dari segi perasaan ni. Saya doa juga semoga dilindungi hati saya dari mana2 lelaki sehingga kes saya selesai. Tapi saya kalah juga. Perasaan ingin dicintai dan mencintai tu wujud tanpa sedar. Dia baik, tak pernah ambil kesempatan atau bercakap kasar. Cuma di hati dia dan dihati saya sudah wujud perasaan CINTA. Dia hadir setelah saya hampir sembuh dari major depression. Sekarang masih ada mild depression.
Kekecewaan suami berkahwin lain sangat melukakan hati saya disaat kehidupan kami hampir sempurna sepenuhya. Saya sukar nak terima dicurangi hampir setahun tanpa saya sedar. Saya anggap DIA adalah hadiah dari Allah atas doa saya yg tak putus2. Tapi dihati saya masih ada rasa bersalah kerana status saya masih isteri orang. Terima kasih semua atas pendapat dan nasihat.




