Assalamualaikum admin..Nak luahkan apa yang terbuku di hati. Mak mertua saya ni seorang yang alim. Bab agama memang no.1. Tapi ada yang selalu saya rimaskan contohnya,kemana saja saya dan laki jalan, pasti dia nak tanya. Setiap jam ada kat mana. Saya rasa rimas. Dah tu asyik duk tanya bila saya nak kerja. Saya stress. Suami ok ja saya tak kerja tapi mak mentua saya ni asyik mention bila saya nak kerja. Kadang tu anak saya pun diorang macam buat anak sendiri. Tak respect dengan saya.
Sekarang anak dah 3tahun. Tu tak kira lagi masa anak kecik disuap roti. Makan hati sendiri. Baby 4bulan disuap roti,kata baby lapar lah itu lah inilah. Kalau anak menangis ada saja yang dikata. Seolah-olah menyalahkan saya. Dia kata budak tak boleh itu lah inilah. Saya duk asing dengan mak mertua. Saya kdg tak seronok balik rumah dia. Anak saya pun dorang duk jerkah sampai menangis. Yang selalu saya terasa hati, bila kata balik kg mak saya, dia akan cakap budak tak elok bawak jalan. Umur 2tahun lebih kot masa tu. Asal kata nak balik rumah mak saya ada saja dia nak kata, macam dia tak mau anak saya tu rapat dengan mak saya. Saya tahulah mak saya tak alim macam dia. Tapi itu mak saya juga ada hak nak tau perkembangan cucu dia.
Bukan saya tak bersyukur dapat mak mentua yang ambil berat ni tapi tolong lah faham hati saya juga. Anak saya jadi kulit alergik pun sebab dorang!! Suap itu ini masa kecik. Kuih talam, pulut, macam anak saya ni suka suki dorang nak buat apa. Tolong lah fahami saya dan keluarga kecil saya ni Sampaikan nak buat keputusan pun dia nak juga join sekali. Rasa takda privacy. Tq admin share




