Salam Admin. Harap dapat hide kan Profile Saya. Cerita saya agak panjang.
2014 Saya baru berkahwin hampir 4tahun.
2015 sepanjang kehamilan saya yang pertama saya rasa terlalu indah. Hubungan yang terlalu baik kedua2 keluarga. Alhamdulillah. 2016 Selepas melahirkn anak pertama berat badan saya meningkat dan badan menjadi lesu. Tambahan dengan kerja yang terlalu stress dan balik lewat. Bebanan boss yang terlalu kejam. Maka silap saya di sini adalah saya lbh pentingkn kerjaya dari suami. Namun segala bil, ansuran 2 kereta, keperluan anak dan barang dapur menggunakn duit saya sendiri.
Sehingga kini keperluan saya, saya tak pernah minta2 pada suami. Semua saya cari sendiri walaupon ketika saya mengidam. Nak buat macam mana, mertua dah pepah lebih separuh gaji anak nye buat personal loan. Maka tinggalkn lah 1k lebih untuk kami. Suami cuma mampu bayar sewa rumah sahaja. Tu pon sehingga kini mak mertua call drama2 cakap tak ade duit. Duit personal loan tak tau buat ape. Bukan 10k lebih dari 100k Sebelum tu, mertua saya terlalu etakcited dgn kelahiran cucu pertama.
Buat pengetahuan saya juga adalah menantu pertama. Semua urusan rumah tangga saya biarkan mereka masuk campur. Ini antara kesilapan saya kerana saya terlalu cetek dengan ilmu rumah tangga. Satu masa kami suami isteri gaduh, kira2 selepas 2bulan melahirkan anak. Isu nya kerana kedua mertua kerap mengemas rumah dan alihkn perabut sesuka hati. Mula2 saya tak ambil endah sebab ikhlas bagi mereka tggl bersama. namun bila rumah sendiri seakan2 asing bagi saya? Jiwa saya memberontak. Saya nak kemas sendiri. Kadang2 ada barang2 privacy yang saya tak suke orang lihat.
Saya juga tak masak bila mereka datang kerana sering diperli bila masak. Namun barang2 dapur rumah saya tak pernah tiada. Saya suka belnja 2minggu sekali. Namun bila mereka dtg, dalam 2 atau 3 hari semua boleh habis. Jadi kos2 nie saya lah yang tanggung. Keluarga mereka ada prinsip, makan jangan berkira. Tp kalau makan pakai duit orang memang la sedap. Yang bayar nie. Adoi. Bdohkan saya?.
Suatu hari Saya terkeluar ayat ‘My house My Rules’ pada suami kerana tak tahan. Maka malam tu kami bergaduh teruk kerana suami tak boleh terima ayat saya tu. Ibu mertua masuk ke bilik dan memarahi serta memaki hamun saya. Saya tak tahu nak buat apa lantas menghubungi kelurga saya. Dan keluarga datang mngambil saya. Namun perbalahan terjadi apabila ibu mertua saya mengahalang saya mengambil anak saya. Saya nekad buat laporan polis sebab saya di tampar, di maki n di jerkah serta di pukul suami. Laporan perubatan n polis sume saya buat.
Hujung tahun yang sama suami di tangkap khalwat. Dan saya yang terlalu sayangkn suami nie menjamin di pejabat agama. Katanya diperangakp. Sebelum tu saya pernah tangkap suami kantoi bermain wc namun dia cakap salah no. Saya hanya diamkn isu tu shje. Silap saya di mana saya terlalu cemburu sehingga sering check hp nye dan apabila tahu dia sentiasa tukar password sehingga sekarang atas alasan tak nak saya fikir yang bukan2. Bodhkan saya?
2017 sgt mencabar apabila dia semakin manjauh. Katanya ingin lupakan perempuan tu dan tak nak hubungi. Namun msih lagi hubungi atas alasan mencari jalan penyelesaian dan cari tahu siapa yang perangakap mereka. Silap saya di sini cepat memaafkn. Namun pd May 2017 tanpa sebab saya diceraikan talak 1. Dan seminggu selepas tu kami rujuk. Silap saya lagi kerana terlalu cepat memaafkn. Bdohkah saya? Dan selepas itu saya dapat tahu suami telah menikah dgn perempuan lain, bukan yang kena tangkap khalwat tu. Janda anak 4 dan 20tahun lebih tua dr suami. Kantoi pon sebab perempuan tu serang saya dirumah.
Saya pon pelik siapa rampas siapa nie? Saya yang bodoh mmpercayai mertua mngadu nasib pada mereka. Pada mereka tempt saya meluahkn sebab mereka mat!2 taknak saya bercerai dan yang pujuk saya rujuk semula juga mereka. Saya malu nk cerita dgn keluarga sndiri kerana saya seakan salah mmbuat pilihan. Namun setelah bbrpa bulan mereka bercerai talak 3 setelah habis 1 keluarga saya trmasuk saya, ank saya, suami, dan mertua di santau. Puas berubat.
Hujung tahun 2017 tanpa sebab saya di maki mertua semahu2nya. Buat pengetahuan saya mengandung 3 bulan ketika itu. Sume seranah dr kmi bercinta, tunang, kahwin, ada anak dan sekarang ibu mertua saya ungkit. Mak bapak saya turut dia maki hamun. Kerja saya, gaji saya, duit saya pon di ungkit2 dan dihina. Saya pon takpasti apa salah saya. Ketika itu saya balik kerja, anak saya ikot mereka keluar. Dan bila mereka smpai saya trus dimaki. Dia maki dibilik sebelah di mana saya sediakan khas utk mereka kerana mereka suka datang ke rumah saya bukan sehari dua. Kadang2 hampir sebulan.
Suami tak pertahankn saya langsung malah minta saya keluar dr rumah dan bawa anak. Selepas itu saya block semua keluarga berkaitan suami. Hampir 2bulan mertua call saya tak return. Walaupon block tp kita msih boleh check call received. Suami ada tnya kenapa saya block. Namun saya ckp, blom smpi msa saya nk bincangkn hal tu. Dlm bln 2 thn nie, mereka dtg dan meminta maaf namun saya hanya diam terpaku. Suami tak puas hti kerana dia ckp saya ego sebab tak mintak maaf dlu. Suami seorang ank yang pling disayag oleh mertua. Apa sahaja yang di ingini pasti suami beri. Wlaupon byk drama swasta.
Sekarang saya telah melahirkn ank yang ke 2. Raya tahun nie lengkap keluarga saya. Alhamdulillah. Tu pon selepas drama nangis2 suruh kmi pulang ke kampung walupon saya msh dlm pantang. Saya berpantang di rumah ibu sendiri. Saya juga kurangkn aktiviti saya call atau hubungi mertua kerana saya tahu meraka antara orang yang tahu awal suami kawen lain dlu dan bila saya meluahkn rasa dia akan pulangkn balik kepada saya. Semua salah saya. Lesson to be learn jgn percaya siapa2. Skng saya ada 1 masalah. Suami 3kli kantoi brg2 perempuan dlm kereta saya. Katanya isteri kwan nya punya. Saya tak marah tp saya nk dia fikir perasaan saya shja. Sebab alasan nye memang msuk akal.
Kwn2 dia memang sume kaki tak fikir perasaan bini orang. Bila saya merajok dia akan cari jalan utk twist benda tu jdi saya yang salah. Cth saya tak angkat call dia and dgr dia explain. Macam biasa saya di maki hamun n dia ungkit semua yang jdi sblom nie salah saya. Saya nk tahu, apa saya perlu buat? Patotkah saya nie pertahankan orang yang tak pernah pertahankn saya? Nafkah juga agak culas. Bg dia nafkah utama adalah mak nya. Saya nk mintak sesatu pon makan hati. Janji memang manis tp nk tunaikan susah. Mampu kah saya untuk ikhlas? Suami saya smpai terpaksa buat 2 kerja sebab mertua slalu call mintak duit. Belom lagi adik nya.
Bila tak cukup duit, pinjam dgn saya tp smpi skng pinjam jadi pejam. Saya dah takboleh ikhlas bantu lagi keluarga dia sebab mk dia pnh maki rezeki dan kerjaya saya. Yang berpengalaman, bantu lah saya nie. Saya nie takpandia nk pscyo suami. Buat drama swasta jauh. Sebab saya jenis straight fwd. TQ admin.




