assalammualaikum wbt.mohon hide profile saya terlebih dahulu. syukur kepada ilahi atas segalanya…pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima ksh kepada admin kerana telah menubuhkan group ni. walaupon banyak nasihat dan tohmahan untuk setiap isu tapi secara faktanya group ini dapat juga memberi bimbingan dan dorongan kepada insan yang teraniya.
sebenarnya islam itu mudah. kita sahaja yang merumitkan keadaan. untuk makluman admin saya dulu pernah mendapatkan nasihat dari group ini dan berkat pendapat semua dan dengan izin Allah saya dapat keluar dari penderitaan dan penyeksaan yang sangat mentrauma ini. syukur alhamdulillah kini sy sangat bahagia dengan kehidupan saya. tidak pernah terlintas dlm fikiran saya yang saya masih diberikan peluang oleh Allah untuk menikmati erti bahagia ini.
untuk makluman saya masih dalam proses penceraian, walaupun memakan masa dan tidak mendapat kerjasama darinya (sebab asik beliau x datang) tapi saya tetap bersyukur kerana saya telah menang hak penjagaan untuk kedua putera hati saya. saya cuma berdoa agar dilembutkan pintu hati suami saya untuk melepaskan saya dengan cara yang baik tanpa sebarang dendam. saya juga telah menghalalkan semuanya. serta saya juga berdoa dia berjumpa wanita yang dapat memahaminya menjaganya, memberikannya kebahagiaan dan juga memberikan rezeki baru untuknya.
usia perkahwenan kami hampir mencecah 8 tahun, dikurniakan 2 orang putera. Saya seorang wanita bekerjaya yang apabila bekerja saya akan bersungguh dalam pekerjaan kerana dari hasil titik peluh itulah saya membesarkan anak anak saya. Ditempat kerja saya seorang yang sangat tegas dan komited dalam pekerjaan dan apabila pulang ke rumah. Tugas sebagai seorang isteri iaitu memasak mengemas rumah melayani suami akan saya teruskan.
Sikap saya dirumah sangat berbeza ditempat kerja kerana dirumah saya lebih suka mendiamkan diri dan mengikut sahaja kehendak suami. Bagi saya sekiranya seorang telah naik hantu maka seorang lagi perlu diam dan mengalah. Setiap minggu saya dan anak2 akan menghabiskan waktu dirumah sahaja dengan membuat aktiviti mengemas, belajar, menonton tv dan akan ke rumah mertua selang 2 minggu sekali.
Sebelum saya berkahwen berat badan saya hampir mencecah 68 kg, namun demikian diatas landasan ayat ” syurga isteri dibawah tapak kaki suami” saya sabar dan memujuk hati bahawa dia adalah pilihan saya walau ape pon saya yakin dia akan berubah suatu hari nanti. DIsebabkan terlalu bersabar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dengan segala perbelanjaan saya tanggung seorang iaitu sewa rumah, bil air ,bil elektrik, duit kereta, persekolahan anak, barang dapur, susu anak, pampers anak maka bermulalah kisah makan hati … diam itu lebih baik dari bersuara.. berat saya turun mendadak ke 49 kg.
semakin lama saya semakin dekat dengan Allah swt. sesungguhnya dengan hanya mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang. saya selalu berdoa.. ya Allah sekiranya dia adalah yang terbaik untukku kau damaikanlah dan berikan dia kemudahan untuk berubah dan sekiranya dia bukan yang terbaik kau jauhkanlah aku dengannya walau ape cara sekalipun. sebelum cerita lebih lanjut, lupa saya nak memaklumkan bahawa suami saya bekerja sebagai mekanik sebelum berkahwen, namun demikian ujian kami bermula selepas berkahwen beliau diberhentikan kerja.
saya tetap memberinya sokongan untuk die mencari kerja lain. saya juga membuat personal loan untuk membantunya dalam sama sama mencari rezeki. alhamdulillah pada awalnya die berjaya membuka kedai burger. beliau tidak mahu bekerja dibawah majikan disebabkan masalah displin. malam berjaga siang tertido. jadi saya pon sebagai isteri tetap sabar dan berharap dia istiqamah. namun demikian semakin lama terasa semakin letih apabila modal kerap kali diminta. untung pula x tau kemana.
sehinggalah pada tahun ke 8. saya terasa sangat sangat penat dengan kehidupan sebegini. sehingga suatu tahap saya dimasukkan ke hospital dan hampir mati kerana stress yang sangat melampau. saya mula berani bersuara dan dia telah mengeluarkan satu statement yang saya tidak boleh terima sehingga hari ini. beliau berkata engkau adalah perempuan paling bodh pernah aku jumpa dalam dunia dan aku akan seksa kau sampai kau mat!.
mendengarkan ayat tersebut, luluh hati ini… perempuan bodh inilah yang mengandungkan anakmu.. melahirkan anakmu.. menjadi suami sekaligus isteri untukmu.. dan pada tahun ke 8 itu jugalah saya melarikan diri dari rumah ke pangkuan keluarga saya.. saya meninggalkan segalanya termasuk kerja saya .. walaupun netizen akan mengatakan saya bodh…bertahan lama.. tp saya tidak menyesal kerana saya memberinya masa utk berubah tp nothing. hati saya telah terttup .
saya dah keje yg dekat dengan family. keluarga saya sangat melindungi saya, dan anak2 masih selamat dibawah jagaan saya. terima ksh krt. penat dah jage hati org. sebenarnya cinta adalah mengambil kesemptan ke atas kelemahan org lain. ingat satu je buat semua. doa orang teraniya sangat mustajab disisi Allah.




