Assalamualaikum min.Mohon hide fb saya ye. Saya mohon sangat supaya min dapat siarkan cerita ni sebab saya betul2 perlukan pendapat & sokongan.Semoga Allah merahmati min. Saya berumur 34 tahun dan dah kahwin hampir 15 tahun. Mempunyai 4 orang anak yang comel.. Walaupun malu untuk meluah tapi saya terpaksa sebab dah tak ade sesiapa. ibu ada lagi tapi saya tak nak dia sedih sebab dia sakit. Adik beradik pula dengan masalah sendiri.
Rumahtangga saya memang bermasalah dari awal lagi sebab suami saya seorang yang panas baran dan jenis pentingkan keluarga sendiri. Saya tak kisah semua tu min sebab saya redha dgn takdir dari Allah. Saya terima semua ketentuannya. Walaupun badan saya ni dah patah riuk akibat dipukul tapi saya bersabar kerana anak2. Setiap kali solat saya berdoa agar dia berubah.
Sekarang ni dia dah tak pukul saya lagi tapi perangai baran masih ada. Dia tak pernah pedulikan perasaan saya min. Segala2nya saya buat sendiri. Dulu saya bekerja tapi saya baru je berhenti 2 bulan ni sebab nak cuba jadi isteri yang baik. Suami saya berniaga di uptown jadi malam berjaga dan siang tidur. Jadi saya fikir mgkin faktor dia tak cukup rehat yang buat dia stress. Selama 2 bulan tak kerja dan tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga,masih jugak perangai camtu. Saya penat min. Walaupun tak kerja tapi uruskan anak 4 orang bukan mudah.
Ada satu kejadian bulan puasa baru ni yang buat saya betul2 sedih Saya penat baru balik dari membeli keperluan raya anak. Jadi tergopoh gapah masakkan lauk utk berbuka puasa. Jadi kerana nak cepat saya potong tomato besar2 sebab masa dah suntuk Dia cakap kenapa saya potong besar2 saya bgtau yang saya penat sangat jadi makan je apa yang ada. Dia kata saya ni tak boleh ditegur dan baling je nasi yang saya masak. Saya dah biasa min dia baling nasi atas kepala saya.Tapi kejadian kali ni buat saya sebak min.
Dia buat saya mcm betul2 takde maruah. Mentang2 saya ni orang susah. Saya takde ayah min. mak pula orang susah. kena strok lagi. Mak saya pun macam saya min. Menantu semua tak suka sebab mak saya susah dan sakit. Nasib ada kakak sorang yang boleh jaga mak. Tapi dia pun hidup susah.
Saya dah cuba buat yang terbaik untuk jadi isteri solehah. Saya bersabar dgn perangai suami kerana anak2. Saya tertekan min sampai keluar masuk hospital. Apa yang saya tak cuba min. Solat tahajud, hajat, istikharah semua dah buat. Dia tak pernah dengar luahan hati saya. Saya menangis siang malam sampai kemurungan. Bila bercakap dia riak sangat. saya ni selalu dikata bodoh. Keluarga dia alim min tapi dia tak ikut sikit pun. Pernah mengadu ngan ibu mertua tapi biasalah min. mana nak sebelahkan menantu ni. Semua saya yang nampak buruk.
Saya dah tak mampu min. saya ingat nak berpisah dan berbakti pada mak saya. Saya ingat nak serahkan semua anak saya pada suami sebab dia mampu. Bukan sebab saya ibu yang jahat min tapi saya tak mampu sebab saya takde duit. Derita dlm hati ni hanya Allah je yang tahu. Nak teruskan kehidupan dgn suami dah tak mampu. Dah tak sanggup hidup dgn orang yang memang dah tak cintakan saya. Nak mengadu dgn orang yang saya kenal tapi takut saya mengaibkan suami.
Tolonglah beri saya pendapat yang ikhlas. Apa yang patut saya buat. Saya sedia mendengar.




