Salam maaf saya cuma ingin menceritakan tentang perasaan yang terbuku dihati saya. Selamanya perkahwinan saya dengan isteri, saya menjadi hampir nak gila depression yang teramat sangat kerana saya tidak tahu kenapa isteri yang saya kenal dulu baik lemah lembut kuat agamanya melayan saya dengan maki hina dan mengeluarkan kata kata yang tajam sehingga hilang hormatnya pada suami atas kesalahan yang kecil.
Sebelum ramadhan saya sepatutnya bercerai dengan isteri saya. Tetapi dia isteri yang sangat saya cinta sehingga setiap hari saya menangis berdoa meminta agar tuhan berikan saya jawapan kenapa saya menerima dugaan ini. Sehingga seminggu yang lalu tuhan datangkan mimpi kepada saya menunjukkan gambaran layanan father in law terhadap mother in law. Dalam mimpi tu father in law sentiasa memukul isteri, tidak bekerja tetapi mengambil duit isteri, selalu berpoya poya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan diakhir mimpi saya lihat isteri saya masih kecil ketakutan dan seperti trauma dengan layanan ayahnya. Tetapi saya pelik dengan mimpi tu sebabnya father in law saya seorang yang alim dan sentiasa ke masjid setiap waktu dan nampak seperti suami yang sangat bertanggungjawab.
Jadi saya call jiran sebelah rumah parent in law saya ingin berjumpa aunty. Saya ceritakan mimpi saya pada aunty tu sebab saya nak dapatkan penjelasan adakah benar mimpi tu. Dan aunty pon cerita hal yang sebenarnya father in law saya baru bertaubat selepas kematian mother in law jika tidak orang kenal dia sebagai suami yang masyallah. Jadi patut lah isteri saya melayan saya dengan buruk rupanya kerana dendam lama isteri terhadap father in law jadi dia menjadi trauma segala kebencian dia lepaskan kepada saya sehingga saya sentiasa berfikir apa kurangnya saya sebagai suami segalanya telah saya korbankan.
Dan 2 hari lepas saya bermimpi lagi mother in law datang meminta pertolongan agar menyambuhkan isteri saya. Saya membuat keputusan untuk rujuk kembali dan akan sentiasa bawa isteri saya ke kaunseling di pejabat agama. Saya cuma Mohon doa kan agar saya tetap terus tabah dan bertahan untuk isteri dan anak anak saya.




