Hai min.. Aku perasan dalam KRT ni selalu luahan si isteri. Ni aku nak luah sikit, sebagai suami. Aku bagi nafkah cukup, makan pakai semua cukup. Cuma aku tinggal kat rumah mertua (rumah mak isteri aku). Isteri aku tak keje. Dia buat bisnes online. Kadang2 sibuk mengadap fon je. Selalu je tak sempat masak. Pemalas. Sedangkan aku lagi suka makan masakan yg dimasak kat rumah. Mak mertua aku dah tua. Dia pun tak masak. Dia pulak yang selalu suruh beli je lauk tapau kat luar. Aku balik keje, tengok rumah tak berapa kemas. Kadang2 balik tengok dia terbongkang je. Katanya penat menyusu anak yg bongsu. Pastu selalu ngadu sakit pinggang sedangkan tak buat apa pun.
Untuk hilangkan stress, aku main game puas2 Kadang2 aku cari adik2 angkat untuk wasap borak2 Sebab bosan. Paling tak pun aku tengok anime atau movie kat fon. Anak aku yg sulung tu suka sangat merengek nangis mengada2 Isteri aku buat tak tau je. Dah la aku tengah busy main game. Kacau betul. Aku mengharap sangat isteri aku berubah. Masak setiap hari kat rumah. Kemas rumah elok2. Jaga anak baik2. Jadi ibu yg bertanggungjawab, Kalau tak , dia asyik tengok fon bisnes dia je. Bukan untung besar sangat pun buat dropship. Tapi dia tetap jugak nak buat. Apalah nasib dapat isteri macam ni. Bukan tak sayang, tapi aku tak suka dia buat keje rumah sambil lewa. Kalau ditegur, dia nangis merajuk. Memang tak la aku nak pujuk.




