Salam krt.tolong hide profile saya.
Saya nak cerita pasal laki saya ni.saya dah tak boleh than peragai dia. dia keja bawak lori, balik subuh tadi saya tak tahu pukul brapa… saya tahu dia penat, time sahur saya cakap dekat dia hari ni kena pergi sekolah kakak ambil kad laporan boleh pergi ke? sebab hari rabu saya dah half day pergi sekolah adik nye.. kerap nanti bos saya bising pulak sebab saya kerja pergi. dia cakap kita pergi besama lah, malas nak gaduh saya ok kan je tapi kena pergi pergi lah.. nak kejar masuk kerja pulak. saya kejut dia mandi dia tertido balik tak lame kemudian saya kejut lagi dia marah cakap kalau nak cepat sangat pergi sendiri uruskan sendiri.. layan tidur pukul berapa nak pergi dan saya pula pukul berapa nak masuk kerja. saya makan gaji kot, bukan kerja sendiri. selama hari ni saya yang uruskan semua hal sekolah, mase dia siap2 dia tak jumpa sikat rambut biasa lah anak2 pakai kot dan je dorang letak ape lagi laki saya ni megamuk lak sebab tak jumpa sikat, dia suruh saya cari. saya jumpa ada le satu sikat yang dah rogak sikit tapi boleh guna lagi atas meja mekap. dalam beg dia pon ada sikat dia boleh guna kalau nak fikir kan.. tapi dia jenis baran suke besar2 benda kecik. dia ambil sikat rogak tu baling kedinding. cakap saya ni tak tengok ke tak pantau ke dalam rumah ni.. saya jawab le bukan dalam rumah ni saya sorang je duduk.. tak kan semua benda dalam umah ni saya boleh tengok. kau tau balik kerja tido, bagun makan main game tido tu je kau tahu.100% hal umah hal anak2 semua ke saya. saya pon keja jugak… bnyak benda saya kena buat, bukan 24 jam saya nak pantau anak2.. laki saya pandai cakap bak mengata org dia lah no 1..,cakap laki orang tu tak reti hantar anak p sekolah semua harap bini.. tapi dia tak nampak ape dia cakap tu kena batang hidung dia jugak… bukan hari2 kerja pon.. kadang 2 ke 3 hari tak pergi kerja.. tapi tak jugak tolong saya kat umah dan urus kan anak2, tau membuta main game je. siap suruh saya pergi mti kqlau tak boleh tengok dan pantau semua tu… geram plak saya.
tak reti nak bersyukur langsung, kalau tak ada Saya kau tido dengan ulat sampah tau tak… kalau saya mintak tolong kemas rumah kau cakap tu kerja saya kena tolong menolong tapi kau tak tolong, kau ibarat mayat hidup. saya biadap dengan dia sebab cara dia layan saya..saya penah makan kaki dia. kepala saya dia penah tumbuk penah pijak hayun dengan helmat pon… semua saya dah merasa. maki hamun usah nak cakap lah. di depan orqng dia sangat2 baik kalau saya cerita pon tak akan ada sape pecaya keburukan peragai dia.. dengan saya dia ibarat singa, tak boleh tengok muka saya, ada Saja tak kena. Dia suke bermuka2 depqn oramg mahu pon family dia sendiri.. hari tu dia marah kan adik perempuan dia pada saya, cakap macam2 maki hamun adik dia tu. tapi bile jumpa adik nye dia jadi lembu cucuk hidung.. saya sendiri tak faham dengan peragai dia.. 8 tahun saya bersqbar,saya tidak dilayan sebagai isteri.. tarasa macam bibik saja.. penah dia cakap saya ni menyusah kan dia…tolong lah krt apa harus saya buat saya dah tak sangup trus hidup begini..