Assalamualaikum admin.. Hide kan fb saya ya. Entah macam mana nak mula cerita tapi jiwa aku betul2 rasa tertekan sekarang. Aku ni dah rasa hilang segalanya dah bila suami aku tak ada Suami aku bukannya meninggl tapi dia kena penjara sebab kes kena naiya Aku redha sebab beberapa bulan ja. Nasib baik jugak ada anak aku yg masih baby boleh buat teman. Aku menyusukan anak aku min, baby aku baru nak masuk 7 bulan dan aku tak bekerja sekadar buat bisness online ja. Al kisahnya macamni, aku tertekan sangat dengan mak mertua aku min. Dia tahu aku ni menyusukan anak tapi boleh kata sekerap kerapnya dia bagi aku makan makanan sejuk, berangin kadang bisa pun ada yang sepatotnya aku kena elakkan min. 2 minggu lepas aku sampai muntah cirit lembik terus min sebab makan makanan yg basi nasib baik anak aku tak kena. kalau tak tau la aku macam mana min.
Aku mana la tau benda tu tak boleh makan. Lepastu sikap memaksa dia aku jadi geram betul, kalau aku cakap taknak makan pun disuruh2 jugak. Dah la dia masak tak kena langsung tekak aku ? Aku nak masak pulak tak berani min kat rumah dia. kalau tak makan dia kecik hati merajuk tarik muka. menyampah betul. Tu satu hal. Hal lainnya lagi dah la anak dia masuk penjara, lepastu kami ni susah, kau bayangkanlah min aku ni buat bisness online kadang rm300 pun tak dapat. Tapi aku nak kena bayar duit kereta rm550 , duit moto rm250 , keperluan anak aku pampers , wet tissue, makanan dia kurang2 pun rm150 sebulan. tu pun nasib baik dia mnyusu badan. kalau tak nainya aku , Dia sibuk nak buat kuih raya, paksa aku buat kuih raya. memang aku tak buat la, dah la suami tak ada. Ni pula raya pertama abah aku tak ada. Tahun lepas dah la tak balik beraya dengan arwah abah, tahun ni abah dah pun pergi buat selamanya. Tak sanggup aku nak beraya min.
Lepastu min, mak mertua aku ni macam tak insaf betul la, tau tak kenapa? anak dia dah masuk penjara kalau keluar esok orang bukan nak tanya dia bersalah ke tak, yg orang tau asal nama bekas banduan mesti jahat. tapi mak mertua aku ni asyik cakap anak dia baik je, orang lain jahat. mulut tu nak membawang pasal anak orang je. Aku rasa kifarah Allah bagi sebab mak nya mulut jahat kot .Dia tak boleh orang lebih daripada dia.. Kalau anak dia puji aku masak sedap pun dia dah tak senang duduk.
Ni tambah nak raya, orang lain seronok raya tahun ni, dia macam hangat hati cakap ” elehhh aku tak heran la dorang nak buat kuih banyak mana pun, bukan sedap mana pun. biskut aku lagi sedap” Astarfirullahhalazim aku ni pun Dah la tak hormat privasi orang, tau la ni rumah dia aku mnumpang sementara laki aku takde tapi bilik aku ni walaupun aku sengaja kunci dia slamber je ambik kunci spare masuk bilik lepastu kan bila aku duduk dalam bilik aku rasa tenang min nak susukan anak aku ke nak tidokan aku ke tiba-tiba dia buka pintu bilik terus terpekek nak cakap apa2. kadang anak aku baru nak terlelap trus terjaga. Aku berapa hari ni memang badmood. Aku ni degil orangnya tapi aku masih sangat berlembut dgn mak mertua aku. Dia kadang tu bukan tak baik tapi ntah mak aku cakap mak mertua aku macam pernah kena angin meroyan kot dulu.




