Terima kasih kerana menyiarkan surat terbuka untukku kepada insan bergelar suami wahai suami ku. ku tahu hubungan kita kini sekadar hanya tanggungjawab kepada anak anak. Aku sedar kalau aku bersalah kerana menduakan cinta mu kepada yg tidak berhak dan aku telah merosakkan mahligai rumahtangga kita yg telah 5tahun terbina
memang silapku wahai suamiku. sudah lama aku berfikir. dimana salahku pada dirimu. siapa aku dimatamu. adakah isteri atau objek hinaanmu. ya. aku merasakan aku tidak layak merasakan cinta bersamamu. setiap hari ada saja makian yg kau hadiahkan untukku. itu belum lagi pukulan nakal anggapanmu yg menyebabkan lebam dibadanku. tanpa kata maaf. kau merasa hanya kau yg benar.
kau tidak pernah salah kerana kau ketua keluarga ini.cinta? cinta yg kurasa ikhlas dari dirimu adalah hanya sewaktu ijabkabul kita. selepas itu kuxtemui cinta darimu. tidak cukup makian itu. kau juga seri g menghina ku kerana parasaku yg tidak menyenangkan dirimu. kau bandingkan aku dengan sahabatmu yg jauh lebih muda dan bergaya. apabila aku berusaha utk mengubah diri ini kau malah mencaci dan merendahkan semangatku. apekah aku patung yg tiada perasaan.
sewaktu mengandungkan zuriat kita juga kau menggelarkan aku seekor lembu kerana fizikal ku apekah aku tiada perasaan suamiku? tidur malam ku juga sepi bila kau tidak lagi tidur bersama aku dan anak anak. kau tidur dalam lelap dengan genggaman hp disisimu. bukan diriku. alasanmu kerana kau tidak selesa tidur bersamaku. ya memang silapku sekarang aku mula memberontak padamu. aku mula melawan setiap makianmu. anasir jahat dalam diriku meronta untuk menunjukkan belangnya. memang aku punya kenalan lain yang memberi sedikit perhatian kepadaku. tp kerana itu kau menyebarkan semuanya kepada keluargaku. maafkan wanita hodoh lg hina ini kerna telah mendustai cinta kita. cinta yg bg diriku ini sudah bertukar menjadi bnci. Macam2 gelaran yg kau beri telah mnjadikan aku wanita yg bengis seperti haiwan itu.
maafkan aku. hatiku kosong. memang ada yg ingin memenuhinya. tp bg diriku cinta lelaki ikhlas sudah tiada lagi. biarlah aku mncari diri sendiri di alam fatamorgana ini. teruskan lah bercerita tentang aku yg memusnahkan hubungan kita. teruskanlah. Aku punya kerjaya Aku sememangnya mampu hidup tanpa dirimu. aku smemangnya silap. aku menduakan engkau utk menyakiti hatimu. bgku cinta manusia sudah tiada. cinta Allah adalah cinta hakiki. kebahagiaan sudah lama tiada erti bg diri ini. aku wanita hodoh lg hina akan terus hidup tp bukan untuk dirimu lagi wahai suamiku.
-ruby-




