Salam… Apa yg saya akan ceritakan disini bukanlah masalah rumahtangga saya tetapi lebih kepada kisah rumahtangga kami yang mungkin boleh dijadikan tauladan terutama kepada pasangan muda yg baru berkahwin.
Saya dan suami berusia 40-an dan telah mendirikan rumahtangga berbelas tahun. Saya seorang pegawai kerajaan yg berpendapatan melebihi 6k sebulan. Suami pula memilih untuk menjadi sura rumahtangga menjaga anak anak dan menguruskan rumahtangga. Walaupun di awal perkenalan kami, ada sedikit tentangan dari pihak keluarga saya kerana tahap pendidikan kami yang berbeza, namun atas kesungguhan kami akhirnya ibu bapa saya mengalah. Suami saya berhenti kerja sejak saya mengandungkan anak pertama untuk menumpukan perhatian kepada saya yg kerap keguguran sebelum itu.
Selepas melahirkan, suamilah yang menjaga saya di dalam pantang dan mengasuh sendiri anak kami bermula selesai cuti bersalin. Sekarang, bila anak dah bersekolah, suami yg hantar dan ambil anak, membeli lauk, mengemas rumah, membasuh pakaian dll. Sebelah petang atau hujung minggu kadang kadang suami bekerja kerana beliau ada kemahiran. Saya bukan nak memuji suami cuma apa yg saya nak nyatakan disini ialah tidak salah sekiranya suami tidak bekerja asalkan dia menjalankan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Pada kami, duit bukan segalanya. Dengan pendapatan saya dan pendapatan suami yang kurang dari 1k , kami mampu memiliki rumah, dua buah kereta, melancong dalam negeri 3-4 kali setahun dan makan di kedai seperti orang lain. Satu nasihat saya bagi semua pasangan yang bekerja atau salah seorang bekerja, satukan duit gaji… Jangan duit isteri hanya untuk isteri, duit suami hanya untuk suami… Insyaallah masalah kewangan tidak akan wujud…




