Kalau itu kehendak hati abang, saya gembira. Itu la ayat yang keluar dari mulut ku pada hari abang kantoi ada perempuan lain. Aku mengizinkan dia menikah dgn gadis itu walaupun hati ni sakit yang amat.11 tahun yang lepas kita dh berjanji. selagi saya masih sihat, masih mampu melayan abg dan mampu berikan abg zuriat. Abg tak bole menikah lg.. andai ada salah satu yang saya tidak mampu tunaikan, dipersilakan utk abg menikah lg. Tujuan pernikahan kali ini atas faktor sayang dan zuriat.Disebabkan Mel boleh terima abg seadaanya dan bole bermadu dgn ku,aku izinkan dan halalkan segalanya.
Ya allah semoga kau tetap ada dlm tiap perjalanan ku. Di saat aku tanda tangan surat permohonan utk keizinanan menikah, jantungku berdegup kencang saat itu baru ku tahu erti hati yang menangis yang sesungguhnyaaa.Di hadapan ku suami yang ku sayangi dan cintai sepenuh jiwa. Esok aku akan berkongsi kasih dgn orang lain. Ingin sekali aku menangis.. tapi allah seolah2 tahan air mata ku.
Majlis berlangsung dengan penuh meriah. Aku tidak mampu untuk menghadirinya, aku goyah, aku tidak mampu, untuk berhadapan dengan madu ku pun aku tidak bole,inikan pulak melihat dia diatas pelamin indah. Pernikahan abang yang kedua kali , aku langsung tidak mengkhabarkan kepada mak dan abah kt kampung. Biarlah masa yang menentukan.
2 minggu berlalu, abang sibuk dengan majlis sana sini sungguh aku rindu dengan pelukannya gurau sendanyaa, even kent*t dia. Oh sedihnya hidup ini. Tapi abang tidak pernah lupa untik wish gudmoning n gudnite, dh mkn belum..aku hanya reply sesekali wasaap dr abang. Sungguh aku tidak mampu untuk tahan rindu ini.
Abang inform dia akan berangkat ke tanah suci bersama isteri muda,abang ucapkan terima kasih untuk hadiah perkahwinan ini, honeymoon kt tanah suci sekali gus untuk umrah. Umrah yang septutnya kita berdua pergi, aku ikhlaskan untuk mereka. Doakan saya supaya sentiasa ikhlass, itu la pesanan ku pada abang. Abg kata abg sedih. Pada kesedihan abang itu ada titisan air mata seorang isteri.
Selepas 2 bulan hidup bermadu madu ku mel mengandung abang terlalu gembira aku menangis lagi nampak sangat aku yang tak mampu. Masa ni, aku rasa nk terjun KLCC. Mabuknya agak teruk,abang kena jaga Mel sampai la Mel selesa dan stabil. Aku mengalah lagi,aku tidak pernah mengalaminya.Abang mohon padaku untuk tolong dia jaga Mel.Aku pun setuju untuk ke ruma dorang. Saat sampai ruma Mel, keadaan Mel tak terurus,ruma berselerak dapur kotor bilik air tak pyh ckp laa. aku bersihkan seluruh pelosok rumah dan aku masak makan malam untuk dorang.
Aku silap besar kat sini, sepatutnya aku pulang ke teratak ku.. Aku melihat abg merangkul dan mencium pipi Mel, berderai lagi air mata ku. laju aku masuk toilet. Aku pasang air kuat2 dan aku menangis semahunyaaa. Malam itu , aku minta izin abang untuk pulang ke teratak ku. Aku menagis lagi sampai aku tertidur. Esoknya aku demam,sumpah aku tidak larat.nak bangun pergi klinik pun tidak mampu.sepanjang hari aku hanya tidur.Sedar2 dh maghrib,abg miskol 5 kali Aku kol abg,..abg hanya minta maaf sebab tak bole nk jaga dua2 sekali.aku menangis lagi dan tidur lagi. bila cemburu menguasai minda aku hanya mampu tidur.
Ramai kawan2 yang menentang keputusan ku untuk bermadu. Mohon perceraian lebih baik dr hidup mcm ni. korang tau tak aku sayang laki aku. Matti hidup balik pun aku nak dia juga. Drpd tengok abg berhubung secara haram di belakangku, ada lah lebih elok kalau dinikahkan,memandangkan dua2 pun dh saling sayang. Aku tak ready lg untuk bercerai. Mak abahh… Kakak tak kuat. Tapi kakak kena ikhlas. Mak abah,maafkan kakak …




