Asalamualaikum admin.. minta rahsiakan identiti aku min dan siarkan min.aku da berkawin ada anak 2.. keluarga bini tak sukakan aku.. dah macam2 aku buat nak amek hati dia orang tapi tetap sama.. di pendekkan cerita aku baru blek keje ni penat bini aku call bagi tahu anak aku jatuh dan berdarah kat mulut.. aku lari penat2 angkat anak aku dan bawa pergi hospital, kena jahit 3 jahitan dalam mulut umur dia bru 1 tahun, sampai je rumah lepas solat magrib abang ipar aku balek dan pangil aku dan bini aku marah2 cakap aku pukul mak mertua aku.
Ya Allah dugaan apa yang ko beri ni aku terpinga2 tengok wajah bini aku dia pon macam aku jugak tak tau ape2 Tak sempat cakap pape dia tumbuk muka aku aku melawan protek diri aku.. dia cakap mak mertua aku yang cakap aku pukul dia. pastu depan mata aku dia tumbuk muka bini aku dia cakap tu adik dia dia punya suka la. aku apa lg mengamuk la terus terkam abang ipar aku.. mak mertua aku pon join dia pkul aku juga, kami di halau malam tu juga dari rumh mertua.. Aku tak akan ampunkan dosa mak mertua aku dan abg ipar aku.. salah ke aku melawan?




