assalamualaikum admin cuma nak luahkan apa yang terbuku dalam hati dan nak minta pandangan semua, saya bekerja sebagai eksekutif permasaran, dan sebagai seseorang yang bekerja dalam bidang ini, semestinya selalu stress ,wife saya tak bekerja sebab saya nak dia fokus pada anak.. Alhamdulillah baru2 ini kami dikurniakan cahaya mata. masalah yang saya pendam dalam hati, isteri saya suka meninggi suara pada saya. dan kadang2 benda yang kecil, boleh jadi besar…
baru2 ni kami bergaduh sekali lagi. waktu saya baru balik kerja isteri minta saya tolong bersihkan pampers anak saya tolong buatkan dan waktu anak merengek, jadi saya tak sempat nak kemas barang2 yang saya guna untuk bersihkan pampers anak tadi, bila nampak dek isteri, terus saya di tengking, jaga anak sorang pun bersepah2, dilemparnya barang2 anak tadi masuk dalam bakul. saya tegur, hormatlah saya sikit, saya ni suami, anak merengek macam mana saya nak kemas, kejap lagi saya kemas, saya tau. dan terus dia ambil anak dari saya..
hati saya time tu sedia sangat. apa salah saya? saya cuba bantu dengan tekanan kerja, dengan penat yang masih tak hilang. saya cakap pada dia, jangan la sampai saya tawar hati (tak bermaksud pun saya nak cari lain ke apa, maksud saya jnganlah sampai saya tersinggung dan tak maafkan dia, tp wife saya pikir lain. terus dia kata nak sngat cari lain pergilah.. time tu saya buntu sngat. saya cuba kawal marah saya..
untuk elakkan saya buat keputusan yang tak sepatutnya saya drive kereta berhenti di suatu tempat dan termenung seorang diri.. saya tertanya2 apa salah saya, apa dosa saya? dia penuh dengan ego dan malam tu bila balik ke rumah saya tidur diruang tamu dan bila mana dia tau di keluar ruang tamu saya ingatkan nak berbincang atau dia nak minta maaf dengan saya tapi masih jugak sama dia dengan ego dia. dihempasnya pintu bilik, soal bergaduh ni bukan kali pertama, dah banyak kali…
waktu kami baru kahwin. saya tegur sikap dia yang suka mengumpat dngan kakak dia, dia melenting dan ditengkingnya saya. dan dia ugut saya nak keluar dari kereta time saya tengah bawak kereta time tu. disebab kan saya tak nak benda tak baik jadi.. saya diamkan diri. saya tau saya tak sempurna. saat dia sah menjadi isteri saya, saya menanggung segala dosa, dah jd tanggung jawab saya untuk menegur. entahla.. saya cuma takut, satu masa saya tak mampu lg nak pertahankan hubungan.. saya sayagkan dia dan saya sayangkan anak saya. moga Allah permudahkan segalanya…




