Salam admin dan warga KRT. Tolong hidekn profile fb saya ye. saya ingin kongsikan kisah hidup saya. Saya mula mgenali suami sejak di bangku skolah lagi. Saya dan suami adalah rakan sebaya. Saya mulai rapat dengan suami sejak kami melanjutkan pelajaran di universiti. Saya memasuki universiti dahulu. Manakala suami pula gemar menghabiskan dan tiada tujuan hidup serta sering menghabiskn masa melepak bersama kawan2.
Saya menasihati suami sebagai seorg kwan dan memujuk suami supaya melanjutkan plajaran. Pada mulanya suami menolak dan menyatakn dia tidak berminat untuk mlanjutkan pelajaran.
Dalam diam2 saya mengisi borang online untuk permohonan suami ke universiti. Dan selepas suami berjaya diterima masuk saya memaklumkan pada suami dan memujuk suami supaya melanjutkan pelajaran dan berjanji saya akn membantu suami sedaya upaya dalam pembelajarannya.
Akhirnya suami akur dan masuk ke universiti yang sama dengan saya dan menjadi junior saya.. sepanjang di universiti saya banyak membantu suami dalam plajaran dan assignment. Selepas tamat universiti saya mula mencari kerja. Sementara suami pula mempunyai 1 smestar lagi yang perlu dihabiskan. Alhamdulillah saya dapat bkerja di sebuah syarikat kecil yang saya gelarkan syarikat A.
Saya bekerja sbagai kerani dan dalam masa yang sama saya cuba mencari kerja yang lebih baik dengan menggunakan kelulusan universiti saya. Dan dari gaji kerja di syarikat A, saya berjimat cermat supaya dapat membantu membayar yuran dan kos tangungan belajar, serta yuran untuk graduasi suami semasa suami di semester akhir kerana saya dan suami berasal dari kluarga yang kurang senang.
Selepas suami tamat graduasi saya mencadangkn suami membuat bisnes kecil kecilan kerana saya nampak minat suami dalam bisnes dan suami juga tidak gemar bekerja di bawah arahan orang. Dan Alhamdulillah saya pula ketika itu mendapat panggilan kerja yang lebih baik serta mgikut kelulusan saya dengan gaji yang agak lumayan. Ketika itu suami meminta saya membantunya dalam mambuat pinjaman untuk dijadikan modal bisnesnya.
Pada mulanya saya agak keberatan tetapi saya nampak kesungguhan suami untuk memulakan bisnesnya. Jadi saya bersetuju dan suami pun mula menjalankan bisnesnya dengan berlandaskan modal yang saya sumbangkan dari pinjaman kewangan yang saya buat. Pada mulanya bisnes suami sering gagal. Selepas melihat keadaan itu, saya mula menawarkn diri membantu suami. Berdasarkn pgalaman saya yang pernah bekerja di sayaarikat A.
Saya mula membantu dalam bisnes suami dan mengajar suami dalam selok belok perniagaan. Alhamdulillah selepas tunjuk ajar saya segalanya berjalan lancar dan suami mula memahami dunia bisnes dan bagaimana cara untuk menjalankn bisnes dengan betul. Semakin hari Rezeki dan bisnes suami semakin lancar. Ketika itu kami boleh dikatakan agak mewah dan hidup senang serta mula dikenali orang2 berpangkat tinggi. Dan ketika itu kami membuat keputusan untuk berkahwin.
Suami sering mengungkapkn ucapan terima kasih kepada saya krana dari seorang yang tiada motivasi hidup saya telah membantunya shgga menjadi seorang yang berjaya dan berjanji akan membalas jasa saya serta menjaga saya dengan baik serta akan setia bersama saya hingga ke akhir hayat. Dalam 2 tahun perkahwinan sgalanya berjalan lancar dan kami amat bahagia. Pada tahun ke 3 suami mula berubah sikap dan kerap tidak pulang ke rumah selama 2 atau 3 hari.
Suami juga menjadi baran dan sering memarahi saya dengan perkara2 yang kecil. Apabila saya bertanyakn kepada suami, suami sering memberikn alasan busaya dengan kerja2 di ofisnya dan sering ke negeri lain untuk perbincangan kerja yang meyebabkan dia jarang pulang ke rumah. Saya hanya mempercayai alasan yang diberi suami dan tidak pernah terfikir pkara yang negatif mengenai suami.
Slama 3 tahun pkawinan saya cuba menjadi isteri yang sempurna untuk suami dan menjaga setiap keperluan suami sehingga ramai kawan2 suami yang menyatakn kepada suami mereka cemburu mlihat layanan saya terhadap suami. Saya hanya mampu tersenyum mendengar pujian yang diberikan kepada saya dan bersyukur dapat menjadi isteri yang baik kepada suami saya.
Sehinggalah pada thn keempat perkahwinan kami, pada 1 malam secara tidak sengaja saya telah terlihat masage di dalam hp suami dengan ayat2 yang mesra bersama seorang wanita. Saya melihat profile picture wanita itu dan dari gambarnya saya melihat wanita itu memakai pakaian yang ssngat seksi dengan rambut yang diwarnakn kekuningan dan dapat saya teka wanita itu merupakan seorang gr0 dari perbualan masage suami bersamanya.
Saya cuba bertenang dan cuba mendapatkn jawapan dari suami. Saya cuba menguatkan hati saya dan berbisik di dalam hati seandainya benar perkara ini dan suami mengaku sering berfoya2 dan pernah melanggan wanita itu saya akan memaafkan suami dan akan meminta suami segera berubah, serta bertaubat kepada Allah serta berjanji tidak akn mengulangi perbuatan ini lagi.
Tetapi tanpa saya duga suami membuat pengakuan bahawa wanita itu tlh dinikahinya beberapa bulan yang lalu serta mereka mempunyai seorang anak luar nikah. Ketika itu saya merasakan dunia saya hancur dan gelap. Saya tidak menyangka lelaki yang saya percaya selama ini sanggup memperlakukan saya dengan kejam dan membalas jasa2 saya sebegini. Dan yang lebih memeritkn suami telah melafazkan cerai kepada saya apbila rahsianya diketahui saya. Dan ketika itu saya hanya mampu menangis.




