Assalamualikum warga KRT. Min sembunyikn fb ni tak nak orang kenal
Saya ni sekadar nak kongsi cerita sahaja. Begini cerita nya, awal tahun lepas suami saya install wechat, maka terjumpa la kawan dia zaman kanak-kanak dulu seorang wanita, dia pm suami saya, ni abang jo ye. Laki aku pun balas ye, jadi alang2 dah jumpa kat wechat tu, wanita tu jemput laki aku ni ke majlis kawin nya bulan 12 ni. Suami aku ni tujuk la semua chat dia dengan perempuan tu, laki aku ni cerita dulu kecik2 kami jiran sama anak tentera. Okey lepas tu aku chek memang tak ada dah msg dari wanita tu di wechat.
Cuma suami aku ada cakap perempuan tu selalu juga whsap tanya kabar, aik dari wecht wasap pulak, aku jawab, laki aku balas abang dah padam wechat berat hp, aku dengan suami aku hp memang tak ada nya sembunyi2, laki aku ni tentera, laki aku ni kene pergi operasi sekitar 3-4 bulan, raya haji baru ni sehari sebelum raya dia balik operasi, laki aku wasap laki aku cakap buat solat hajat semoga keluarga kita dan hati kita sentiasa bersama, aku syak dah ada la tu benda tak kene ni. Tak ape nanti dah sampai rumah aku nak korek rahsia
Seminggu lepas tu laki aku panggil ajak bertentang mata, mintak maaf dulu, dia cakap jangan marah ada benda nak cerita, rupa nya si perempuan anak jiran dia masa kecik2 duduk whsap nak cari penganti baru dia tak jadi kawin dengan kekasihnya, dia washp laki aku ajak kawin dan laki aku bagi semua whsap antara dia dengan perempuan tu, perempuan tu sanggup berkongsi kasih, laki aku cakap tak mampu nak kawin gaji kecik rm1200 je, dia boleh jawab tak apa dia kerja gaji besar dalam 8-10k setakat susu pampes anak aku ni dia boleh tolong hulur seribu dua, Kau tau apa yang aku rasa, rasa nak terajang je btina tu, tapi laki aku cakap jangan macam tu sebab perempuan tu mntak cara baik dan suami aku pun dah tolak cara baik, sebab mak ayah dia pernah berjirankan.
Siap laki aku bagi nasihat lagi jangan la kacau saya perkahwinan saya baru 8 tahun dan anak dah 3 orang sila cari orang lain. Perempuan tu balas saya bagi awak 3 hari untuk fikir, saya boleh pujuk kakak atau kita kawin dulu baru bagi tahu.
Aku yang baca ni WTF, bila masa mak aku kawin dengan ayah kau berkakak2 ni.
Pucat muka laki aku takut, tengok aku baca whsap tu, laki aku cakap dia jujur sebab takut benda ini tak boleh di diam kan takut nanti jadi cerita lain sebab last ayat dari perempuan tu, saya dah lama menaruh hati pada ABANG. Bila kita boleh berjumpa tanpa ada kak untuk bertemu mata,
Laki aku block dah no perempuan tu. Tapi hati aku ni tak senang, balik je kerja chek hp, sampi laki aku cakap, abang dah habis jujur jangan la hukum abang, abang tak layan pun, tapi silap abang juga dia whspa abang balas sebab abang fikir adik2, aku geram la lagi2 hari2 baca krt hari2 kisah di sondol dan sedia menerima sondolan geram je baca, Kenapa ye dah tak ada yg bujang ke sampai terdesak dengan laki orang?




