Assalamualaikum,admin Sila hide profile saya .. Ni kisah rumahtangga saya..Yang saya bina hampir 5 tahun yang lalu .Atas dasar cinta . Saya mengenali suami di sebuah kolej di Kuantan .Waktu tu,saya masih lagi bingung untuk memilih siapa sebagai teman saya ,yeah..sebab saya masih menunggu seseorang yang pada masa tu,meninggalkan saya tanpa sebarang kata akibat fitnah daripada housematenya ..yang sukakan saya .
Saya ringkaskan cerita ,bukan mudah untuk saya menerima dirinya,makan masa juga.Hati tu masih lagi nak kepada yang lama .Tapi,bila suatu hari,saya bukak tagged EX saya, ada gambar dia dengan wanita lain ,saya pasrah..saya menerima suami saya .Tatkala saya mula belajar cintakan dia ,baru saya tahu dia masih lagi punya hubungan dengan seorang gadis di salah sebuah IPT di daerah yang sama .Waktu tu,saya memang tak percaya pun kt gadis tu .Dah sayang kan .Selang beberapa bulan after kami couple ,dengar pulak citer dia dating dengan gadis lain di sebuah mall.Again,saya menganggap itu biasa saja .Walaupun benda tu benar,sebab yang nampak adalah kawan saya sendiri .
Saya cinta dia ni cinta mati la .Serius..nak dijadikan cerita, EX nak saya semula sebab ada krisis dengan GF barunya .Saya slow talk..beritahu dia ,baiki la hubungan dengan GF tu jangan tinggalkan dia sebab saya. Walaupun masih lagi punya sayang pd dia .Sebab saya tahu bila kita cuba ambik BF Orang,orang di sana pasti akan terluka .Saya memilih untuk bersama suami ,alasan ..dialah yang ada waktu saya ditinggalkan. Cetek pemikiran saya .
2009 hinggalah 2011,kami bercinta .Tak pasti dah berapa kali dia kantoi curang ..Saya?.Cam bodoh la,percaya jelah cakap dia Anggap gegadis yang dia dok usha tu, gedik kat dia..
Sepanjang tempoh tu, saya menjadi kekasih yang setia. Setia tahap bodh.. Dah tahu perangai camtu,tetap nak kat dia . 2011 ,kami berkahwin. Arwah orang tua ,banyak kali halang ..ye maybe dorang tahu apa yang akan jadi di masa akan datang. Biasalah, org tua .. banyak makan garam .Saya tekad, kata saya yang jahil. Dia pasti berubah. Redhala arwah orang tua walaupun berat hati. Kata mereka dah jodoh nak buat camne .Tapi, kedua orang tua suami tak pernah tahu kami kahwin. Alasannya nanti, dorang tak bagi la bla bla. Okey, percaya sekali lagi Betapa bodohnya saya .
Maka bernikahlah kami, cukup Simple sangat , asal SAH.. Kami stay di Kuantan, susah senang sama sama .Waktu tu dia ambik peluang disebabkan perkahwinan kami tidak diketahui ramai, dia ambik peluang keemasan untuk curang. Kembali cuba mengambil hati sorang gadis yang memang cinta mti kat dia, saya tahu … Sya whatsapp gadis tu , tunjuk surat nikah kat dia, Biasalah, cemburu la tu konon .Tak nak orang amik laki kita .Okey, dia stop sekejap..
Allah uji,saya terpaksa balik ke kampung sebab sewa rumah tertunggak, dia amik lagi peluang keemasan dia. Waktu tu sarat mengandungkan anak sulung tunggu masa je dia bermaksiat dengan gadis lain. Sahabat, sewaktu saya berada di kampung, dia tak pernah hulur duit belanja, alasannya tak cukup, Saya percaya saja .Suatu ketika, gadis yang dia dok usha tu mesej saya di fB.. sindir saya supaya jaga kandungan,.Almaklumlah dia dah syok kat suami saya Masa tu, saya tak tahu pun suami saya suh dia Add mak mertua saya, Bila saya balik kampung baru saya tahu. Sahabat, mertua tahu kami berkahwin, bila mana anak sulung lahir, 3 bulan selepas tu .
Style suami saya dia main perempuan.. bila dia bosan… dia tinggal macamtu je..Tanpa penjelasan. kadang saya tengok kasihan. sebab terhegeh hegeh pompuan dok cari dia.. dia akan ignore semua call, mesej dan akhirnya pompuan tu tak ganggu dia sebab dah tak de respond .
Kejadian yang paling teruk dalam life saya.sewaktu anak sulung kami berusia 10 bulan.again dia dok main cinta dengan sorang minah seberang.. Saya perasan..sahabat, sepanjang dia wat hal..sya tak pernah citer keaiban dia kat family saya, apatah lagi family dia. Saya jaga rapi. Tutup .Tapi, dia boleh fitnah saya .Dia cakap kat mak ayah dia, saya yang nak bercerai.. Mak dia bulat bulat percaya. Panggil saya perangai macam Pkimk.. Panggil arwah mak saya ibls .Waktu tu, memang cukup sedih. Orang tua saya pun kecewa. Tapi saya sentiasa percaya dia akan berubah .
Apabila dah jadi camtu, saya fikir.. agaknya dia tak boleh jauh dari saya..Saya minta keje kat KL, alasan boleh dok sekali dengan dia .
Sahabat, sewaktu dia dok menggila dengan mana mana wanita, tanpa sebarang nafkah. Saya menjual semua pakaian lama saya untuk beli keperluan anak saya . Satu pun saya tak pernah beritahu sesiapa . Saya tipu arwah orang tua, cakap dia bank in duit. Tapi orang tua saya tahu semuanya . Sesal sebenarnya tapi itu semua ketentuan Allah .
Lama jugak la saya dok sekali dengan dia sampai la saya mengandungkan anak kedua. Dan ,kami diuji..rumah sewa kami tu ,akan dijual. Waktu tu,orang tua saya dah tak ada .Saya ada sedikit simpanan..peninggalan arwah orang tua .Sya tak beritahu dia jumlah yang sebenar ,sebab dia selalu je minta .
Sepanjang tempoh tu saya pendekkan cerita entah berapa kali saya disepak terajang kalau tak bagi apa dia nak duit terutamanya ..berapa kali dah dilafaz cerai kalau dia tak de duit,berapa kali dihalau suh balik kampung ..
Entah kenapa,satu hari saya terbukak pintu hati nak whatsapp mak dia..dia pukul saya .Maybe saya dah tak tahan .Sebab perangai dia,kalau dia wat silap..dia takkan citer silap dia..dia akan citer silap saya .Jadi orang salah faham .Serik saya .
Perangai saya jadi teruk ,dlu saya hormat. Taat kat dia..saya jadi sakit hati,saya rasa cam sia sia saya hormat tapi dia tetap sama .Memang saya jadi berubah..Sebabkan dia .
Sampai sekarang ,tetap sama .Bermain wanita ..Tapi saya tETap setia ..Ramadhan tahun ni,2018..saya jadi seorang wanita yang memang super duper kuat .Dah tak peduli dia nak buat apa. Rumahtangga kami memang cam telur di hujung tanduk .Dengan mak ayahnya yang tak nak amik peduli ,katanya sebab dulu masa kami kawen ,dorang tak de. Tak pelah,sya terima .Dengan suami yang tak bagi nafkah langsung .Menggila dengan perempuan sana sini .
Sahabat,saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan hati saya .Suami maki hamun ,benci ,menyampah..tetap mengharapkan dia bertaubat .The latest,dia minta saya bank in sejumlah wang yang besar kat dia ..ribuan ringgit .Katanya kalau tak bank in,jangan kontek dia lagi.Saya tanya untuk apa..Nak bagi awek ke .Saya beritahu dia,minta maaf..saya tak boleh bagi..inilah duit simpanan saya untuk anak anak spanjang dia tak pernh bg pun nafkah .
Sepanjang Ramadhan,saya nuhasabah diri saya .Saya percaya ,ini kifarah dosa saya .Saya pun banyak khilaf ,dosa .Saya penat dah nak salahakn sesiapa .Biarlah ,saya fikir ..adalah lebih baik saya biarkan saja. Cepat lambat ,Allah pasti akan lembutkan hati dia.
Saban hari,saya memohon keampunan ,meminta supaya saya tak jemu doakan dia .Walaupun sering dicaci, dimaki, diherdik, dipukul ..saya sentiasa doakan supaya akan ada keinsafan dalam hatinya .
Last mesej saya padanya ,saya minta dia bertaubat .sama sama berubah ..entahlah,keras hatinya .Saya penat marah dia kalau ada perempuan lain,saya pun penat nak serang perempuan yang syok kat suami saya .Bukan saya biarkan mereka melakukan dosa tu .Tapi,mereka dah cukup dewasa..
Saya muhasabah diri saya .Saya jauhkan diri dari suami saya .Biarlah dia dengan hidupnya .Allah ada.Allah akan tunjuk semuanya .
Hati saya tak serabut.Jujur,bila kita sandarkan semua pada Allah .Jauh di sudut hati ,nak sangat dia bertaubat .Tak jemu doa .Nangis semua .Pohon hati kuat ..jangan sesekali lupa untuk mendoakan dia.
Saya sentiasa pandang khilaf saya walaupun dulu,saya tk de mulia sangat .
Sahabat wanita,saya meneruskan perkahwinan ini demi anak anak saya .Saya tetap mendoakan dia kerana saya yakin sinar itu ada.
Jangan melatah ,tapi dekatkan diri dengan Allah .InsyaAllah, bahagia la kita. Nak cemuh suami sampai bila .Biarlah,setiap kezaliman dia ..Allah balas .Tidak d dunia,d akhirat sana. Yakinlah .