Min saya nak tanya pendapat pada smua orang.. saya dah brumah tangga slama 9 tahun.. dan saya dah tak rasa sayang dan cinta pada suami lgi.. saya pernah mengaku dan minta cerai dengan suami, tapi suami tak lepaskan.. Saya pernah bercinta dengan lelaki lain selain suami.. sebab saya nak cari kebahagiaan saya sendri.. sumpah saya dah tak bahagia dengan dia.. dan suami pernah tahu saya ada lelaki lain suami tetap tak ceraikan saya.. Suami pernah cakap jikalau saya ada lelaki lain atau berjumpa dengan lelaki lain selain dia, akan jatuh talak.. dan dia pun dah tahu..
Saya sedar jika diteruskan juga macam ni, saya dah mengumpul dosa untuk ke neraka.. tapi jujur saya memang dah tak boleh dengan suami, dah tawar hati.. Saya pernah terlanjur dengan seorang lelaki yang saya cinta dan suami tahu juga pasal tu tapi suami cakap dia boleh maafkan saya dan tak boleh trima saya lagi.. tapi yang plik dia nak kami akad nikah balik sebab tak nak lepaskan saya.. Saya akui apa.saya buat ni adalah salah dan saya sedar.. tapi saya dengan suami memang dah tak bleh lagi.. dan sekarang suami suka buruk2kan pasal saya pada orang lain.. tapi dia masih nak kan saya.. Kawan2 “KRT” tolong saya dalam masalah ni.. bantu saya, saya rela hidup sendri.. saya nak mintak pndapat dan pandangan dari korang.. Saya terseksa hdup macam ni.. saya nak dia lepaskan saya.. ?




