Asalamualaikum Admin KRT, Nama saya Ina. Saya tengah mengandung anak yang ke 2. Masih lagi menumpang rumah mak ayah saya. Suami saya memang pendiam dan akan memerap je dalam bilik. Pemalu tu boleh la sikit2. Saya dalam dilema ni min. Suami saya kerja selalu bertukar shift. Macam semalam dia shift malam. Dan balik pukul 7 pagi tadi. tapi dia balik lambat sikit sebab lepak dengan kawan sekerja dia. Dalam pukul 8 macam tu.
Saya ni memang jenis susah sangat bangun pagi dan selalunya dia kalau balik kerja pagi tu terus je tidur Tak ade pulak nak minta apa2. Pagi tadi je dia kejutkan saya semata2 nak minum air. Saya cakapla pergi la amik sendiri. Lagipun mak ayah saya tak ade dekat rumah, apalagi yang dia nak malu. Kalau dorang ada boleh laa saya amik kan memang ada alasan la. Tapi dia desak2 saya suruh amik, saya rasa macam nak mengamok je. Tapi saya tetap cakap elok2 pergi amik sendiri. Sebab saya memang jenis susah sangat bangun pagi. Nasib baik anak saya yang first pun jenis bangun lewat jugak dalam pukul 10 macam tu.
Lepastu tu dia pulak yang naik angin. Dia kata saya ni pemalas, Semua benda saya tak buat. Mengucap panjang saya, astaghfirullah. Macam tu dia cakap dekat saya. saya ni bangun je pagi siapkan anak, bagi makan anak. lepastu saya kemas rumah, kemas dapur. Dalam pukul 1 saya masak sebab dia akan bangun pukul 3 petang kalau dia shift malam. Makan minum saya hidang, tinggal menyuap je lagi. Pinggan makan sendiri tinggal atas meja saya yang kemas kan sebab saya tau tu tanggungjawab saya. Baju pakai dia saya basuh . Saya bukan mengungkit tapi logik ke saya kena maki hamun sebab tak amikkan air utk dia? Dia kata saya tak buat apa2. Ya Allah.
Dan dengan tak bersalah nya dia cakap saya ni isteri yang tak reti bersyukur ada suami macam dia. Dia kata dia kerja, dia minta amikkan air pun punya susah. Saya terus la cakap, “tanggungjawab abang kerja je, kerja abg? lepas balik kerja abg tido. Itu je yang abg buat. saya tak pernah pun marah.” Dia kata dia ingat sampai mat! apa yang saya buat dekat dia. punca tak amik kan air tu je dia ingat sampai mat!. Dia bangun dia amik kain baju dia masuk dalam beg, dia kata nak balik rumah mak dia. Saya hilang sabar, saya bangun saya cakar dia. Saya geram, dia amik tali pinggang dia pukul belakang saya bila saya baring balik. “balik lah, ceraikan aku, aku pun taknak ada suami macam kau ni. tak pernah nampak apa yang aku buat,” dia kata dia tak nak ceraikan saya sebab saya mengandung. dia tak nak orang pandang buruk dekat dia sebab dia ceraikan saya masa mengandung.
Adakah tu alasan sebab terpaksa? maksudnya dia terpaksa bertahan sebab saya mengandung? Apakah? saya sedih, sampai sekarang tak bertegur dengan dia. Dia kata takpayah masak utk dia masa gaduh pagi tadi, dia kata dia tak nak makan masakan orang macam saya.
Tapi saya tetap masakkan untuk dia, lagi2 awal bulan macam ni, gaji dah habis. Tak kan saya nak tengok dia tak makan. Sakit macam mana pun saya tak nak bagi dia lapar.
Lepastu dia bangun dia tanya saya “tak masak ke?” saya terus pergi dapur letak nasi buat air, macam biasa hidangkan sebulat bulatnya untuk dia. Then saya cakap “pergilah makan ada kat dapur” tapi lepas dia makan saya pergi dapur. saya tengok sisa nasi dia tak habis dalam plastik sampah. luluh hati saya. Tak apalah, Allah maha adil. Kalau jodoh saya panjang, maka berkekalan lah kami. terima kasih yang bagi pandangan.




