Assalamualaikum. Saya seorang lelaki yang sudah pun berumah tangga sejak tahun 2006. Saya adalah ketua kepada sebuah keluarga kecil yang sederhana dan bahagia hingga pada satu saat awal tahun 2015 saya bertemu dengan seorang perempuan yang dah pun berumahtangga dan dalam proses perceraian.. Dalam proses perceraian itu, saya hadir memberi dia kata2 semangat sehingga dia pulih sepenuhnya..
Dan ketika itu, hanya saya yang menyayangi dia sepenuh hati saya. sedangkan dia tidak pernah terfikir utk bersama saya memandangkan saya sudah beristeri.. Sehinggalah satu hari (tahun 2016), dia menyatakan yang dia telah berjumpa dengan pilihan hatinya dan ingin berkahwin buat kali kedua.. Saya akur andai itu adalah yang terbaik utk kehidupannya dan saya hanya mampu mendoakan dia dari kejauhan..
Dan kini, tahun 2018. saya telah mendapat tahu yang perkahwinan kedua nya tidak bahagia. dia memendam semua kesedihan dia dari pengetahuan saya. beberapa kali saya menghubunginya untuk bertanyakan permasalahan dia. dan akhirnya telah dia ceritakan semua penderitaan dia. bersuami kan seorang penipu yang sikit tidak menghargai dirinya. dan kini dia dalam proses untuk bercerai buat kali kedua..
Saya dah tak sanggup lihat dia terluka lagi. dan saya bercadang untuk menikahi dia dengan izin isteri saya. dan telah saya nyatakan hasrat hati saya ini kepada dia. dan dia bersetuju kerana dia tidak menyangka kesungguhan saya menginginkannya dari dulu hingga kini tidak pernah pudar.
Dah lama saya menunggu diri dia. Dari 2015 hingga kini. dan untuk pengetahuan semua, sepanjang perkenalan kami. kami tidak pernah berjumpa.. Saya ingin memohon pandangan semua, benarkah apa yang saya ingin lakukan ini? adakah saya bersalah kerana terpaksa melukakan hati isteri saya. Tapi saya benar2 ikhlas untuk menikahi dia.