Assalamualaikum admin , nak share 1 kisah hidup aku . Untuk peringatan pada yang bakal berkahwin . Aku baru bercerai bulan lepas. dan aku mempunyai seorang anak perempuan . Usia anak aku dah 10 bulan . Nak dijadikan cerita , nasib aku dapat suami yang hanya pentingkan diri sendiri . Dari awal perkahwinan banyak airmata dari gembira yg aku hadap . Selepas sebulan kami diijabkabul , aku dapat berita gembira yg aku disahkan mengandung . Aku berhenti keje atas permintaan ‘suami’ (dulu) aku . Lagipon aku alahan teruk . Dan aku berpindah duduk dirumah abg aku yg memang kosong.
Bila raya je balik . Masa aku mengandung dulu , ‘suami’ aku dulu selalu tinggalkan aku sensorg kat rumah , pergi melepak sampai balik pukul 2/3 pagi . Balik keje dah melepak , malam pon melepak lagi . Aku sabar lg . Dah laa aku sorang2 kat rumah yg dah lama tinggal , takut kau tahu . Dia tak fikir ke apa . Aku bg kelonggaran melepak waktu ptg je , malam teman aku . Tp teman aku dok sebok ngan game dia , ngan hp dia ! Sama je min . Aku asyik bergaduh dengan dia , sampai 1 tahap aku macam kena rasuk barangkali aku amek gunting aku tik4m perut aku 3 kali aku hempas barang dia Masa tu aku tak fikir dah anak dalam perut aku ni Allahuakbar !
Dia cooldown kan aku . Minta maaf tak kan ulang lg . Banyak peluang aku bg sama jugak perangai dia . 5 kali aku bleeding selama aku mengandung dan bergaduh ngan dia . Sampai laa dia dapat keje kerajaan di KL . Duduk dekat KL pon sama jugak . Keje dah bagus , asyik tak datang keje pulak . Stay dekat KL umah kakak aku yg tak perlu bayar sewa pon sama macam umah abg aku tu . Sebelum aku nak bersalin . 3 hari aku tahan contraction , tak tdo lansung ! Lepas tu aku pon bersalin . Ni yg perit min . Aku terima kasih gak pada dia sebab teman aku dalam labour room (tu yg dia dok cakap sampai sudah) .
Aku pantang aku jaga sendiri . Dia diberi cuti selama 7 hari (sebab isteri bersalin) tp bukan jaga aku . Membuta pastu ikut dan dia nak pergi merambu . Anak aku tak dapat minum susu sebab aku bengkak susu . Aku tak tdo dah berapa malam . Lg pulak anak aku kuning teruk . Masa pantang aku laa yg kemaskan baju anak aku siap2 nak bawak pg hospital . Dia boleh duduk sajeee . Kenapa tak boleh fikir yg bini ni tengah pantang ! Aku jalan kaki kendong anak aku bawa ke hospital . Masa tu memang ktorg bergaduh . Dia kata “kalau kau nak pg hospital datang kat aku , aku ada dalam kete” . Memang tak laa aku datang kat dia .
Dari awal kawen aku dah biasa berdikari sendiri . Semua aku buat sendiri ! Masa aku bengkak susu tengah baring terlantar sakit dia datang dari umah mak dia terus dia bawak anak aku tanpa tanya keadaan aku . Aku menangis , aku peluk cium baju anak aku . Dalam petang macam tu dia baru hantar anak aku . Dan dalam pantang ni jugak aku failkan cerai sebab dah tak tahan sangat dah . Tp tak boleh sebab aku masih dalam nifas . Habis pantang , aku tak boleh keje . So aku mengasuh dan kadang2 aku niaga barang online untuk aku dan anak aku . Masa ni dia dah keluar dari umah atas arahan keluarga dia sendiri . Aku tak kisah pon . Alih2 aku dapat tau dia dah berhenti keje kerajaan tu . Dok jual penapis air dan buat grab . Atas alasan nak ada masa ngan aku . Padahal dia nak ada masa ngan kengkawan dia laa senang melepak , senang main game .
Dengar cakap orang sangat biar laa dia rasa . Aku uruskan anak aku semuanya sendiri . Dari awal kawen tak sampai 5 kali dia belikan barang dapur , barang keperluan anak aku . Nafkah aku jangan cakap laa . Aku yg balik bg dia duit berlanja . Tak habis2 cakap nak mengembara 1 dunia naik moto dia tu . Tanggungjawab kau tak jalan ada hati nak pusing 1 dunia . Rezeki dia susah sebab buat isteri macam ni . Dia memang susah masa tu . Dan skang ni jugak dia tak de keje dah . Sebulan 100 bg kat aku untuk anak aku . Kau rasa ? Mak ayah dia , seluruh family dia tak tau pon perangai dia ni.
Pernah aku mengadu kat mak ayah dia , aku yg kena balik . Sakit min . Dia jenis tak mengaku salah . Dia ceritanya salah aku . Adik beradik dia sume sokong dia (akak ipar dia lg 2 org tu nasib sama cam aku gak) . Jenis tak de sifat tanggungjawab . Yes , aku mengaku memang aku ada salah jugak . Tp salah aku tu berpunca dari dia ! Banyak kali aku cakap kat dia , “ubah laa sebab syg adalah ketua keluarga , suami adalah cerminan isteri” . Dia tak boleh terima aku kata camtu . Dia soh aku ubah dulu ! Aku tak sanggup lagi hidup macam tak de suami.
Tiap malam aku menangis berdoa agar dia diberi hidayah . Dan Allah bukakan mata mak ayah dia terutamanya tentang perangai sebenar anak dia . Andainya dia bukan jodoh aku , pisahkan kami . Aku yakin Allah Maha Adil . Allah dengar doa aku . Bila kami dah disahkan bercerai tak de setitis air mata pon aku keluar untuk dia ni . Aku dah penat nangis , aku dah penat tahan dari dulu lg . Esoknya dia wassap untuk nikah balik . Tipu laa kalau aku kata aku tak syg . Tp aku kena hargai hati aku sendiri dari terus sakit . Doakan aku supaya aku kuat untuk aku besarkan anak aku ni . Skang ni aku dalam proses nak ada butik sendiri . Semoga Allah utuskan org yg baik untuk aku dan boleh terima anak aku . Aamiin Ya Allah .