Assalamualaikum. Nak cerita sikit ni sebab tidak tau nak buat apa sudah. Ok kasih sret saja lah ya. Isteri saya sudah jadi pendiam admin tiada senyuman manis bila saya balik kerja, banyak berkurung dalam bilik. Isteri saya masih dalam pantang admin saya tau dia terluka dengan kata2 mak saya, saya sudah nasihatkn isteri supaya sabar dan buat tak tau setiap ayat yang keluar dari mulut mak saya. Isteri dengar tapi tu lah admin banyak diam dan termenung kadang kadang saya tengok air mata tak pandai kering menangis lah apa lagi. Dengan mak pun saya sudah tegur tapi orang tua ni jarang yang nak dengar nasihat anak.
Untuk pengetahuan admin masalah ni datang selepas saya hantar anak dan isteri pergi klinik, balik rumah terus saya kena tegur oleh mak, mak cakap dulu anak2 semua mak yang bawa sendiri pergi klinik dan hospital tak perlu di temankan oleh sesiapa.. tapi saya buat tak tau sebab kalau saya ambil hati risau isteri yamg baru lepas bersalin terasa hati, rupa2nya isteri saya dengar lah admin. Terus isteri jadi pndiam dan menangis dalam diam mak pula dengan kuasa dia warga tua dalam rumah gunakan kuasa trus tidak tegur isteri saya.
Part yang saya paling sedih bila waktu berbuka puasa tiada seorang pun dalam rumah tu yang ajak isteri saya makan sedih wei. saya isteri terasa semua tu tapi tak kan saya nak bagi pemukul seorang demi seorang dalam rumah tu supaya mereka tau yang saya tengah marah dengan cara mereka. Sebelum ni saya isteri dan anak2 tinggl rumah sewa sendri tapi memandangkan kontrak saya dah tamat buat sementara saya tumpng rumah mak sementara tunggu isteri habis pantang inshaAllah akan cari rumah lain sebab tak sanggup tengok isteri hidup termenung sepanjang hari. Saya tau bila saya di tempat kerja mak saya dan adik saya akan pulaukan istri tu saya sedar semua walaupun isteri tidak ceritakn tapi saya tau. Saya tau isteri saya ada dalam krt ni dan saya ada terbaca luahan sayang baru2 ni. Abang minta maaf sayang insha Allah abang buat yang terbaik untuk keluarga kita…