Admin hide profail aku.. Min tolong bagi aku jalan penyelesaian terbaik… Aku dengan bini aku dok KL, Masalahnya aku dah puas makan hati dengan bini aku… Aku tak paham dengan bini aku, tiap kali bila kami balik kampung dia jadi etakcitd melampau2 aku paham tu kampung dia family dia.. Tapi tak kan semua kerja di rumah tu semua dia buat…. Dari kemas rumah masak basuh pinggan smpai keluar beli barang dapo semua dia… Kadang2 aku rasa terabai min, kurang kasih sayang dari bini aku sendiri… Ipar duai yang pompuan, yang ada semua mengangkang depan tv layan laki tak pon main dengan anak alasan anak meragam dan masih kecil.. Tapi aku ni kesian tak sampai hati tengok bini aku kadang2 rasa macam dibuli dan dia sendiri willing nak buat benda tu semua…
Incase kalau tak ade kerja rumah, bini aku jadi babysittter nak jaga anak2 buah pulak…. Aku sekali lagi dengan anak2 rasa terabai…. Aku bersyukur dapat bini baik rajin dan taat pada suami, Aku ni suami tapi tak pulak snggup aku nak pisahkan wife aku dengan keluarga dia… Kejam sangat tu… Tapi kalau smpai tahap ipar duai datng tunjuk muka masa nak makan ja. Pastu kemas basuh pinggang bekas makan sendiri ja apa kejadah tu… Memang kerap jugak aku slow talk dengan bini aku pasal ni… Dan dia pon nampak situasi tu… Tapi bila balik je rumah mertua, bini aku terus macam kena sumpahan jd robotttt dok buat kerja yg sepatutnya buat sama2…. Ni nak raya aku dah tak tahan, tahun ni aku dside bini aku balik rumah dia dan Aku balik kampung aku anak biar aku yang jaga… Baik untuk aku baik untuk dia.. Tu ja penyelsaian yang aku rasa terbaik untuk kami berdua takat ni… Hati aku tak sakit dok tengak bini aku kena buli mcm pecacai kat rumah dia sendiri…. Aku pernah jugak sindir ipar duai aku suruh ajar bini tego bini dia orang masuk dapo… Jangan nak harap bini aku ja… Last aku plak kena balik, dikatanya aku mengungkit lah buat kerja tak ikhlas lah…. Tahlah min… #suami….




