Admin, Dulu saya pernah mluah juga dekat sni.. Ni saya datang lagi.. Masa saya tengah pregnant 7 bulan, saya ada gaduh teruk dengan suami, dia memang tak peka dengan keadaan saya sejak pregnant pun, pegi ber klinik sndiri2 kadang tu terpaksa bawa anak2 2orang sebab dia selalu cakap sibuk dengan kerja.. Dia pentingkn kerja, hobi dan masa dia saja, saya duduk ruma dah macam bibik, sudahla nafkah dia tak pernah kasi, katanya dah penuhkan makanan dekat rumah buat apa lg nak kasi2 duit.
Apa dia ingat saya ni kucing ke nak hadap makan je, Masa gaduh bulan april tu saya call mak dia minta nasihatakan anak dia tu kalau tak makan nasihat suru dia ceraikan saya. saya betul2 dah tertekan, terabai, buat rumah macam hotel, saya marahkan dia sebab tak pernah spent masa sikit pun untuk kami anak beranak mentang2 la dia dah kaya berharta, selalu rendah2kn saya dan family saya, kedekut, berkira ya amat dengan saya.. Lepas tu dekat2 saya nak due hari tu, masa ni saya dah kat kmpung rumah mak abah saya, mil yang cadangkn saya dhantar kesini untuk bersalin sebab iya la laki slalu tak lekat rumah, siapa nak tanggung tiba2 terberanak kat rumah tak ada siapa tahu tiba2 mat! katanya la..
Tinggal beberapa hari saja lagi saya nak bersalin suami whatsapps saya, dia ceraikan saya dengan talak 1 atas kehendak mak dia yang disokong oleh semua ahli kluarga saya, hancurnya hati saya min. dekat2 due saya dianiaya begini. mil depan2 baik gila, tapi belakang kuat mengata, saya dah pernah cakap dekat suami, tapi suami tetapi menangkan mak dia juga, mana pernah percaya kan saya.. suami siap cakap “kau yang minta mak aku supaya ceraikan kau, kau yang minta” mil depan saya cakap tak setuju bercerai ni, suru bersabar siap dia nak balik kampung dia ambil air dekat mana tah, penawar supaya suami dengan cakap saya saja.
yang ni saya tak setuju, nanti dia pujuk anak dia, rupanya dia suru anak dia ceraikan saya pula. saya dah selamat melahirkan anak ke3 kami, suami cakap lepas habis pantang dia nak atur balik tak tau apa maksud dia. Saya bagitau dia, saya nak move on, anak2 saya tinggalkn dekat kau, minta siapa2 yang cadangkan kau ceraikan aku tu tolong kau jaga dan besarkn anak2 sebab aku belum mampu dan aku tak berduit, saya masih tinggal dirumah kami sampai habis pantang, tapi tidur asing2)
baru2 ni dia pinjam rantai yang dia penah belikan dulu untuk dia gadai, dia dah sesak agaknya, nanti dia tebus balik. 2 bijik keta dia dah gadai, projek dia banyak yang tak jalan. Bekas bini ni juga tempat dia minta bantuan, kenapa tak cari famly dia yang suruh dia bcerai. Mungkin Allah bagi pengajaran, dia aniaya isteri. Tapi saya dah tawar hati kalau dia nak rujuk balik. Sakit hati dengan mak dia dan fmly dia.
Saya pilih untuk teruskan hidup saya, anak2 tetap akan saya lawat mgkin kalau saya dah senang sikit, saya dah boleh ambil anak2 saya, saya dah bebas, tak lagi jadi bibik tak bergaji, hari2 mkn hati dengan suami yang tak pndai nak hargai isteri.. saya tak nak balik dekat dia lagi.. mohon doakan saya ya..




