Kepada lelaki yg bergelar suami dan bakal bergelar suami andai kau memilih seorang perempuan yg berkerjaya bantu lah dia… Jika dia belum membasuh baju2mu, ringankan lah tangan menggerakkan mesin basuh automatic di rumah mu, kemudian pasti isterimu akan pergi menjemur pakaian2 mu, jika kamu lelaki yang tidak reti memasak, cukuplah sekadar kau membantu kupaskan bawang2, memotong sayur, dan membasuh beras untuk dimakan bersama, jika kau tak reti mandikan anak2, memadai kau membantu membancuhkan susu anak2 sedang isterimu sibuk di dapur, jika kau tak pandai mengemas rumah, cukup lah kau letakkan barang2 mu di tempat yang sepatutnya tanpa bersepah2,
jika kau tak pandai menyapu, cukup lah sampah2 makanan mu dibuang kedalam tong sampah… Wahai lelaki, wahai suami… Perempuan ini bukannya robot, mereka ini juga manusia. Kerjanya tak pernah habis. Sejurus membuka mata dari lena, kerjanya tidak pernah putus. Jika isterimu kerap mengeluh, semak lah kembali sebanyak mana tugasnya yg kau bantu. Jika isterimu mula meninggikan suara, semaklah kembali bebannya yang mana yg kau ringankan.




